Industri Kecil & Sederhana Dan Lain-Lain Sektor

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan antara sektor terpenting yang menjana ekonomi Negara. Berdasarkan statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2023, sejumlah 96.9% (1,101,725) perniagaan di Malaysia adalah dari sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pecahan mengikut kategori adalah 69.7% dalam kategori Mikro, 28.5% dalam kategori Kecil dan 1.8% dalam kategori Sederhana. Antara tanggungjawab sebagai pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah melaksanakan amalan KKP bagi menjamin pekerja selamat dan sihat. Sebagai inisiatif, JKKP telah menyediakan modul bimbingan bagi membantu PKS melaksanakan amalan KKP di tempat kerja.
Laporan Amalan terbaik KKP ini adalah kompilasi program “Compliance Support” termasuk program “door to door” yang memberikan penekanan dan bantuan kepada (7) elemen berikut:
- Jawankuasa Keselamatan dan Kesihatan
- Persekitaran tempat kerja
- Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Egronomik
- HIRARC
- Penyediaan Prosedur Kerja Selamat
- Pelaporan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan
Melalui Strategi 6, Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana 2016 – 2020 (IKS 2020), salah satu program khusus yang dirancang adalah untuk meningkatkan bilangan pengamal KKP di sektor IKS. Setiap IKS perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penyelaras KKP) untuk menguruskan hal-ehwal berkaitan KKP. Antara tanggungjawab Penyelaras KKP adalah seperti berikut:
- Menasihati majikan berkaitan langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja.
- Membantu majikan menjalankan pemeriksaan tempat kerja.
- Membantu majikan melaporkan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja kepada kepada JKKP.
- Membantu majikan melaksanakan pengurusan risiko ditempat kerja
- Menjalankan arahan lain dari majikan yang berkaitan keselamatan & kesihatan di tempat kerja
Bagi memenuhi kehendak pasaran terhadap keperluan melantik Penyelaras KKP yang terlatih, pihak Jabatan telah mengiktiraf beberapa pusat pengajar yang berkelayakan bagi tujuan mengendalikan kursus Penyelaras KKP ini. Pusat pengajar yang dilantik adalah pusat pengajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pusat Pengajar Penyelaras KKP yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan.
- Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pusat Pengajar Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Topik 6 – Pengenalan Kepada WRRS (Pelan Pembelajaran)
- Topik 6 – Pengenalan Kepada WRRS (Slide Persembahan)
- Latest Update – Panduan Pendaftaran Pusat Pengajar OSH Coordinator
- Maklumat Terkini Berkaitan Penyelaras KKP
- Modul Pendaftaran Penyelaras KKP di MyKKP
- Modul Pendaftaran Pusat Pengajar Penyelaras KKP di MyKKP
- User Manual (MyKKP) – Pendaftaran Tempat Kerja Lain-Lain Sektor
- User Manual (MyKKP) – Permohonan Aktifkan Tempat Kerja
- Bookmark Penyelaras KKP
Selaras dengan OSHMP 2025 dan Projek Pembangunan di Bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Jabatan memperkenalkan satu program yang bersistematik iaitu Verifikasi dan Peningkatkan Aras KKP Secara Berperingkat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Stepwise OSH Level Verification and Enhancement for Small and Medium Enterprise (SOLVE 4 SME) untuk meningkatkan tahap pengurusan KKP di PKS. Program SOLVE 4 SME yang dibangunkan adalah mengikut blue-print SOHELP di PKS. Modul program ini akan digunapakai oleh JKKP semasa melaksanakan program compliance support pada tahun 2021 – 2025 di 1,000 PKS yang melibatkan sebanyak 10,000 majikan dan pekerja. Melalui SOLVE 4 SME, diharap pematuhan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dapat ditingkatkan.
Selain daripada itu, pelaksanaan SOLVE 4 SME ini dijangka akan dapat memberi penambahbaikan terhadap program compliance support di PKS yang dilihat kurang berkesan dan sukar untuk dilaksanakan. SOLVE 4 SME yang dirangka ini mempunyai ciri-ciri seperti berimpak tinggi, mudah dilaksanakan, menggunakan kos yang rendah dan boleh dilaksanakan di semua jenis industri PKS.
Terdapat beberapa jenis potongan cukai yang disediakan oleh kerajaan bagi perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Antaranya adalah berkaitan dengan pembelian peralatan pelindungan diri (PPE). Pihak industri boleh merujuk dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Penyediaan e-pembelajaran berkaitan panduan asas pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja ini adalah salah satu program dibawah inisiatif OSHMP 2025 bagi memberikan pengetahuan asas kepada majikan di Malaysia di dalam mematuhi keperluan perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994). E-pembelajaran ini sesuai diikuti oleh semua majikan di Malaysia terutamanya majikan dari kalangan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat yang menerima bantuan atau dana kewangan dari agensi kerajaan berkaitan supaya pihak mereka dapat melaksanakan pengurusan KKP di tempat kerja sejak dari peringkat awal perniagaan lagi.
