Alat Kebolehcapaian

Utama » Info Korporat » Bahagian, JKKP Negeri & Cawangan » Ketua Pengarah » Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Pengenalan

Memberi khidmat sokongan kepada semua anggota jabatan dalam aspek pengurusan pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat, pembangunan modal insan dan pusat sumber dengan cekap dan berkesan.

Seksyen Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran dan Kewangan untuk mencapai objektif bagi meningkatkan kecemerlangan Jabatan. Seksyen ini terbahagi kepada 4 unit iaitu:

  • Menguruskan bekalan pejabat, aset dan stor, ruang pejabat dan pengurusan surat/dokumen.
  • Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti) peringkat Jabatan. 
  • Menguruskan tempahan makan minum dan laporan kehadiran bertugas (eMasa).
  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran am, pengurusan telefon, kenderaan, kawalan keselamatan, penyelenggaraan, pengurusan fail serta dokumen terperingkat dan kebersihan bangunan.
  • Urus setia Mesyuarat Bersama Jabatan dan Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan peringkat Jabatan.
  • Menguruskan pengurusan kaunter dan khidmat pelanggan Jabatan.
  • Membantu melaksanakan pengurusan kewangan melibatkan:
    • Proses belanjawan bagi Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan Jabatan agar urusan berkaitan dilaksanakan selaras dengan arahan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa serta diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • proses perolehan bagi Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan Jabatan agar urusan berkaitan dilaksanakan selaras dengan arahan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa serta diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Menguruskan urusan perakaunan seperti pembayaran bil, pengurusan kutipan hasil, pembayaran tuntutan perjalanan, pembayaran gaji dan waran udara.
  • Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Jabatan.
  • Menguruskan proses perolehan, langganan, pemprosesan, pengkatalogan, penjilidan, pemuliharaan dan pelupusan bahan bacaan perpustakaan.
  • Menjalankan kerja-kerja mengindeks artikel terbitan bersiri terpilih yang dilanggan.
  • Mengurus keceriaan perpustakaan.

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan pengurusan sumber manusia serta pembangunan kompetensi pegawai Jabatan untuk mencapai objektif bagi meningkatkan kecemerlangan Jabatan. Seksyen ini terbahagi kepada 3 unit:

  • Merancang dan melaksanakan urusan berkaitan pemangkuan, kenaikan pangkat.
  • Menguruskan urusan cadangan anugerah pingat dan bintang pegawai di JKKP Malaysia.
  • Menguruskan semua urusan tatatertib Jabatan.
  • Menguruskan pelaksanaan Sistem HRMIS di Jabatan.
  • Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pergerakan Gaji), Urus setia Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Urus setia Perisytiharan Harta, Urus setia Mesyuarat Lembaga Tatatertib Jabatan, Urus setia Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Jabatan, Urus setia Jawatankuasa Audit Nilai Jabatan.
  • Menguruskan hal berkaitan perkhidmatan, elaun dan saraan, persaraan pegawai serta pengemaskinian maklumat Buku Rekod Perkhidmatan.
  • Menguruskan rayuan pertukaran dan penempatan Pegawai Teknikal serta Perkhidmatan Gunasama.
  • Menyelaras dan mengemaskini laporan, senarai perjawatan keseluruhan Jabatan serta carta organisasi dari masa ke semasa.
  • Menjalankan kajian penstrukturan semula organisasi, kajian pengukuhan perjawatan, kajian skim dan naziran perjawatan.
  • Urus setia Mesyuarat Rayuan Pertukaran Pegawai Teknikal, Urus setia Mesyuarat Penempatan Pegawai Teknikal dan Urusetia Kajian Pembangunan Organisasi
  • Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program latihan untuk mempertingkatkan kecemerlangan ilmu, kemahiran, sikap, nilai dan amalan positif di kalangan pegawai dan anggota jabatan di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pembangunan insan seterusnya menjamin proses pembelajaran berterusan demi kemajuan kerjaya pegawai dan anggota jabatan.
  • Bertanggungjawab terhadap perancangan penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan kursus dan latihan dalam dan luar negeri bagi pegawai dan kakitangan Jabatan.
  • Menguruskan permohonan pegawai untuk sambung belajar (sepenuh masa, separuh masa)
  • Menguruskan permohonan pegawai sebagai Panel Penasihat Industri lantikan daripada IPTA/ IPTS
  • Menguruskan permohonan Latihan Industri daripada pelajar IPTA/ IPTS
  • Urus setia Mesyuarat Lembaga Penganugerahan Sijil Kompetensi (COC),

Seksyen Teknologi Maklumat memberi perkhidmatan dan sokongan pengkomputeran untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan teknologi selaras dengan keperluan jabatan. Seksyen ini terbahagi kepada 3 unit iaitu:

  • Mengurus dan mengawal keseluruhan prasarana infrastruktur ICT, capaian Internet, rangkaian dan keselamatan ICT JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri
  • Mengurus dan menyelaras E-mel MyGovUC JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri
  • Mengurus dan menyelaras Pusat Data JKKP
  • Mengurus dan mengawal perolehan perkakasan ICT JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri
  • Mengurussetiakan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JKKP.
  • Merancang, mengurus dan membangunkan sistem aplikasi bagi JKKP samada secara dalaman atau sumber luar bagi sistem yang kompleks, besar atau kecil dalam menentukan analisis keperluan pengguna.
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan membangunkan sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out bagi sistem yang lebih kompleks, besar dan kecil yang dibangunkan secara dalaman atau sumber luar yang diguna pakai oleh JKKP Ibu Pejabat dan JKKP Negeri
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan latihan sistem aplikasi (termasuk sistem utama jabatan MyKKP) kepada pengguna di Ibu Pejabat JKKP dan Negeri
  • Merancang, mengurus dan membangunkan laman web JKKP samada secara dalaman atau sumber luar melalui analisis keperluan.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras reka bentuk laman web mengikut hasil analisis keperluan yang dibangunkan secara dalaman atau sumber luar.
  • Mengemaskini kandungan laman web mengikut keperluan Jabatan dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan penyelenggaraan sistem pentadbiran laman web seperti Intranet dan direktori.
  • Mengurus dan menyelaras sebuah sistem dikenali Sistem Kawal Urus Dokumen (MySKUD)
  • Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program latihan untuk mempertingkatkan kecemerlangan ilmu, kemahiran, sikap, nilai dan amalan positif di kalangan pegawai dan anggota jabatan di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pembangunan insan seterusnya menjamin proses pembelajaran berterusan demi kemajuan kerjaya pegawai dan anggota jabatan.
  • Bertanggungjawab terhadap perancangan penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan kursus dan latihan dalam dan luar negeri bagi pegawai dan kakitangan jabatan.

Carta Organisasi Bahagian Khidmat Pengurusan

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 17,952
Bulan Ini: 986,486
Jumlah: 37,818,309

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.