Alat Kebolehcapaian

Pusat Maklumat KKP
Maklumat Terkini
Program & Aktiviti
Carian Pantas
Media Sosial
TikTok
-[MALAM APRESIASI KECEMERLANGAN KKP]-
Bangi, 30 Oktober 2026 – YBrs. Ir. Ahmad Jailani bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP Malaysia telah menyempurnakan perasmian APOSHO Gala Dinner & MOSHPA International OSH Excellence Award Night 2026 di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.
Majlis anjuran Malaysian Occupational Safety and Health Practitioners’ Association (MOSHPA) ini turut meraikan ulang tahun ke-22 penubuhan MOSHPA serta menghimpunkan delegasi antarabangsa sempena Persidangan APOSHO Ke-40 dan Persidangan KKP MOSHPA Ke-22.
Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa, pembangunan kompetensi profesional dan perkongsian amalan terbaik dalam memperkukuh bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), khususnya dalam menghadapi cabaran baharu dunia pekerjaan.
Majlis turut menyaksikan penyampaian MOSHPA International OSH Excellence Awards sebagai pengiktirafan kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan kecemerlangan serta komitmen dalam meningkatkan standard KKP di tempat kerja.
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan syabas kepada MOSHPA serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran majlis ini.
#JKKPxDOSH #MOSHPA #APOSHO #APOSHO40

-[SYABAS & TAHNIAH]-
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Zulkifly bin Sulaiman atas pelantikan sebagai Pengarah JKKP Pahang berkuat kuasa mulai 2 November 2026.
Semoga dengan pelantikan ini, YBrs. Tuan akan terus cemerlang dalam memimpin serta memperkukuh agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara, di samping memacu kecemerlangan organisasi ke arah yang lebih gemilang.
Didoakan agar YBrs. Tuan terus diberikan kekuatan dan iltizam dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.
#JKKPxDOSH #KESUMA #SyabasDanTahniah #MalaysiaMADANI

MEREKA BUKAN SEKADAR MENCAPAI STANDARD. MEREKA MENJADI PENANDA ARAS.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025 yang telah diraikan pada 29 Oktober 2026 di Royale Chulan Kuala Lumpur.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, kepimpinan dan usaha berterusan organisasi serta individu dalam menjadikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai budaya, bukan sekadar pematuhan.
Hari ini mereka diraikan.
Esok, mereka menjadi inspirasi kepada seluruh industri.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah KKP Negara 2025.
#KESUMA #JKKPxDOSH #AnugerahKKP2025 #AnugerahKKP #OSHAward

-[SELAMAT PAGI MALAYSIA]-
Saksikan temu bual secara langsung di Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia.
Topik perbincangan bertajuk “Keselamatan Bukan Kos, Ia Pelaburan : Mengangkat Juara KKP Negara” bersempena dengan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025 yang telah berlangsung pada 29 Oktober 2026 di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Satu malam. Satu pentas. Sebuah sejarah tercipta. 🏆
Pada 29 Oktober 2026, Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang bagi meraikan organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen serta kecemerlangan dalam membudayakan KKP di tempat kerja.
Pengiktirafan ini bukan sekadar menghargai pencapaian, tetapi turut menjadi bukti kepada usaha berterusan dan amalan terbaik dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja sentiasa menjadi keutamaan.
✨ Tahniah kepada semua penerima anugerah! Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua peserta, rakan strategik serta pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis penuh bermakna ini.
Pentas penghargaan mungkin telah melabuhkan tirainya, namun usaha membudayakan KKP dan meneruskan legasi kecemerlangan perlu terus diperkasa demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.
#KESUMA #JKKPxDOSH #AnugerahKKP #OSHAward

🏆 35 PENERIMA ANUGERAH KKP NEGARA 2025 DIIKTIRAF, PERKUKUH BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT
346 penyertaan. 35 penerima anugerah. Satu aspirasi untuk memperkasakan budaya KKP negara.
Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara 2025 yang berlangsung pada 29 Oktober 2026 di Royale Chulan Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Lebih daripada sekadar pengiktirafan, Anugerah KKP Negara merupakan platform penting dalam memacu kecemerlangan KKP di Malaysia. Penganjurannya bukan sahaja menghargai komitmen organisasi dan individu, malah menjadi pemangkin kepada perkongsian amalan terbaik, pengukuhan budaya pencegahan serta peningkatan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan di seluruh negara.
Pengiktirafan ini turut memperkukuh aspirasi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026–2030 (OSHMP30) ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat, inklusif dan berdaya tahan.
👏 Tahniah kepada semua penerima Anugerah KKP Negara 2025!
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh industri untuk terus menjadikan KKP bukan sekadar pematuhan, tetapi suatu budaya dan pelaburan strategik demi kesejahteraan pekerja serta kemajuan negara.
#KESUMA #JKKPxDOSH #AnugerahKKP2025 #AnugerahKKP #OSHAward #OSHMP30 #MalaysiaMADANI #KeselamatanDanKesihatanPekerjaan
KETUA PENGARAH JKKP RASMIKAN PERSIDANGAN APOSHO KE-40 DAN MOSHPA KE-22 TAHUN 2026
KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 – YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, telah merasmikan 40th APOSHO International Conference & 22nd MOSHPA International OSH Conference 2026 di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur.
Bertemakan “Revolutionising Workplace Protection”, persidangan ini menghimpunkan pakar dan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi memperkukuh perkongsian ilmu, inovasi dan kerjasama serantau dalam meningkatkan perlindungan di tempat kerja.
Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan kepentingan pendekatan pencegahan yang proaktif, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta komitmen bersama semua pihak dalam membudayakan KKP.
JKKP berharap persidangan ini dapat memperkukuh kerjasama dan mencetuskan tindakan berimpak ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan mampan.
#JKKPxDOSH #APOSHO40 #MOSHPA22 #OSH2026 #OSH

ESOK. DETIK KEMUNCAK! 🔥
346 PENYERTAAN.
35 KATEGORI ORGANISASI.
4 KATEGORI INDIVIDU.
SATU MALAM PENUH GEMILANG! ✨
Di sinilah dedikasi diraikan.
Di sinilah kecemerlangan dinobatkan.
🏆 SIAPAKAH YANG BAKAL MENJULANG KEGEMILANGAN?
🔥 29 OKTOBER 2026. PENTAS MENANTI LEGENDA!
Siapakah yang bakal mencipta sejarah? Kongsikan keterujaan anda di ruangan komen dan sebarkan detik ini!
#KESUMA #JKKPxDOSH
#AnugerahKKPNegara2025 #AnugerahKKP #OSHAward

YouTube
X BREAK Regang Refresh Reset
SEMINAR SOHELP KEBANGSAAN TAHUN 2026
Pautan Luar
HUBUNGI KAMI
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel: 03-8886 5342
Faks: 03-8889 2443
BILANGAN PELAWAT
Hari Ini: 12,985
Bulan Ini: 23,599
Jumlah: 59,900,083
Tarikh Kemaskini:
16 / 03 / 2026
Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
likes
12
Comments:
0
Shares:
2