Alat Kebolehcapaian

Pusat Maklumat KKP
Maklumat Terkini
Program & Aktiviti
Carian Pantas
Media Sosial
TikTok
IICMS: Langkah Digital Memperkukuh Keselamatan Bahan Kimia Industri Negara
JKKP melalui KESUMA melancarkan Sistem Bersepadu Pengurusan Bahan Kimia Industri (IICMS) sebagai platform digital bersepadu bagi memperkukuh pengurusan inventori, daftar bahan kimia berbahaya, penentuan lokasi bahan kimia serta penilaian risiko di tempat kerja.
Sistem ini bukan sahaja meningkatkan pematuhan industri, malah membantu pasukan tindak balas kecemasan mendapatkan maklumat bahan kimia dengan lebih cepat dan tepat ketika insiden atau bencana.
Satu lagi langkah penting ke arah industri yang lebih selamat, mampan dan berdaya saing.
#KESUMA #JKKPxDOSH #IICMS #KeselamatandanKesihatanPekerjaan #Roadto150YrsOSH2026

📌 KUNJUNGAN HORMAT JABATAN STANDARD MALAYSIA KEPADA KETUA PENGARAH JKKP
24 Jun 2026 | Putrajaya
YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Standard Malaysia susulan pelantikan Ketua Pengarah JKKP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Standard Kebangsaan berkaitan Occupational Safety and Health (NSC 23) bagi tempoh 2025–2027.
Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah JKKP ini bertujuan memberikan penerangan berhubung struktur, fungsi dan peranan Jawatankuasa Standard Kebangsaan (NSC 23) dalam pembangunan serta penyelarasan standard berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.
Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan JKKP dalam memperkukuh tadbir urus standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta memperkasa kerjasama strategik antara agensi bagi menyokong pembangunan standard yang relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan industri serta negara.
Semoga sinergi antara JKKP dan JSM akan terus diperkukuh demi memajukan agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke arah persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif.
#JKKPxDOSH#StandardMalaysia #KeselamatanDanKesihatanPekerjaan #OSH #NSC23

-[KENYATAAN MEDIA]-
JKKP SIASAT KEMALANGAN MAUT DI TAPAK KERJA PEMBERSIHAN TANGKI AIR DI SUNGAI BULOH, SELANGOR
#KESUMA #JKKPxDOSH #PreventiveCulture #StrictEnforcement #ZeroCorruption

🚨 150 TAHUN KKP: ADAKAH TEMPAT KERJA KITA BENAR-BENAR SELAMAT? 🚨
Malaysia telah melalui perjalanan 150 tahun Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Namun persoalannya…
❓ Bagaimana keadaan kerja anda hari ini?
❓ Adakah kesihatan mental pekerja semakin terjamin?
❓ Adakah teknologi dan AI membantu atau menambah risiko baharu di tempat kerja?
Inilah masanya untuk mendapatkan jawapan daripada pakar industri, pembuat dasar dan pengamal KKP seluruh negara!
🎯 SEMINAR KKP KEBANGSAAN 2026
📅 27 – 28 Julai 2026
📍 Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang
🎖️ 20 Mata CEP | HRD Corp Claimable
🔥 Apa yang menarik?
✅ Halatuju KKP Negara selepas 150 tahun
✅ Kesihatan Mental di Tempat Kerja
✅ Akta Pekerja Gig 2025
✅ Teknologi, AI & Masa Depan Pekerjaan
✅ Amalan Terbaik KKP Industri
✅ Cabutan Bertuah & Goodies Eksklusif
💡 Sama ada anda majikan, pekerja, pengamal KKP, akademia atau pelajar — seminar ini adalah platform terbaik untuk memahami cabaran dan peluang dunia pekerjaan masa hadapan.
⚡ Early Bird RM750 sahaja!
(Terhad kepada 200 peserta pertama)
🎟️ Tempat terhad. Daftar sekarang sebelum terlepas peluang menjadi sebahagian daripada sejarah KKP negara.
Pautan Pendaftaran : https://gqr.sh/Bg4V
Pautan Dokumen Seminar : https://gqr.sh/7Qey
Jom Sertai Sekarang !!!
#KESUMA #JKKPxDOSH #NationalOSHWeek2026 #NOW26 #RoadTo150YrsOSH2026

-[SESI KUNJUNGAN HORMAT JKKP MALAYSIA KE MBAM]-
YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia telah mengetuai sesi kunjungan hormat ke pejabat dan pusat latihan baharu Master Builders Association Malaysia (MBAM) di Putra Heights, Selangor pada 22 Jun 2026.
Kunjungan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara JKKP dan pemain industri pembinaan, di samping membincangkan pelbagai isu, cabaran serta peluang penambahbaikan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor pembinaan.
Pendekatan turun padang yang dilaksanakan oleh JKKP ini membuktikan komitmen jabatan dalam mendengar pandangan industri secara langsung, memahami realiti operasi di lapangan serta mendapatkan maklum balas yang konstruktif bagi memperkasakan pelaksanaan dasar dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Melalui kerjasama erat antara kerajaan dan pihak industri, agenda pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diperkukuhkan.
#JKKPxDOSH #MBAM #KKP #OSH #RoadTo150YrsOSH2026

-[MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (MNKKP)]-
Tahukah Anda?
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk membantu memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat di Malaysia.
Fungsi Utama MNKKP:
✅ Menasihati Kerajaan mengenai perkara berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja;
✅ Mengkaji isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mencadangkan langkah penambahbaikan;
✅ Menggalakkan kerjasama antara kerajaan, majikan, pekerja, badan profesional dan pihak berkepentingan dalam usaha meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
✅ Meneliti dan mencadangkan dasar serta strategi nasional bagi mengurangkan kemalangan, penyakit pekerjaan dan risiko di tempat kerja; serta
✅ Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya amalan kerja selamat dan sihat melalui program pendidikan, promosi dan advokasi.
Mengapa ia penting?
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan hanya tanggungjawab majikan atau pekerja, malah merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan setiap individu dapat bekerja dalam persekitaran yang selamat, sihat dan produktif.
TEMPAT KERJA YANG SELAMAT, PEKERJA YANG SIHAT, NEGARA YANG SEJAHTERA.
Sumber :
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]
#KESUMA #JKKPxDOSH #MNKKP #NCOSH #MajlisNegarabagiKeselamatanKesihatanPekerjaan SekretariatNCOSH

-[Tenang Tapi Tewas]-
Video ini merupakan siri isu kesihatan pekerjaan yang boleh berlaku di tempat kerja. Ia bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan memberi maklumat kepada majikan dan pekerja berhubung pemakaian Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Hazad Psikososial di Tempat Kerja.
#KESUMA #JKKPxDOSH #GarisPanduan #KesihatanPelekerjaan #RoadTo150YrsOSH2026

-[KAMPUNG ANGKAT MADANI]-
PROJEK KAMPUNG PULAU SHANGHAI, BATU SAPI, SANDAKAN, SABAH.
SANDAKAN – Sekretariat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), dengan kerjasama strategik bersama Urusetia Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah serta JKKP Cawangan Sandakan, terus mengorak langkah proaktif dalam merealisasikan pelaksanaan Projek Kampung Angkat Madani di Kampung Pulau Shanghai, Batu Sapi, Sandakan.
Inisiatif berimpak tinggi ini adalah manifestasi komitmen berterusan susulan mandat daripada YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA) merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi. Projek ini digerakkan secara bersepadu di bawah wawasan dan kepimpinan Ketua Pengarah JKKP Malaysia, Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, demi memperkasakan kesejahteraan dan sosioekonomi masyarakat setempat.
Sesi Lawatan Tapak dan Libat Urus Komuniti bagi memastikan perancangan yang dibuat bertepatan dengan kehendak komuniti, satu sesi lawatan tapak secara rasmi telah diadakan di Kampung Pulau Shanghai. Tinjauan strategik ini direalisasikan menerusi jalinan kerjasama erat bersama ahli-ahli utama, termasuk:
• Sekretariat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).
• Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sabah
• Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) cawangan Sandakan
• Wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)
• Wakil Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi
• Wakil rasmi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
Pelbagai perancangan yang memfokuskan kepada kelestarian, keselamatan, dan pembangunan komuniti telah dirangka.
Nantikan perkembangan dan transformasi selanjutnya!
Dikeluarkan oleh:
Penyelaras Kampung Angkat Madani Sekretariat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP)
Kerjasama: Urusetia JKKP Sabah & JKKP Cawangan Sandakan
#KESUMA #JKKPxDOSH #NCOSH #KampungAngkatMadani #MalaysiaMADANI PulauShanghaiSejahtera

YouTube
-[Videografik Panduan Kawalan Kebisingan di Tempat Kerja]-
-[Videografik Bekerja Selamat Bagi Kerja Duduk di Tempat Kerja]-
-[Videografik Pencahayaan Selamat dan Sihat di Tempat Kerja]-
-[Videografik Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja]-
Videografik Bekerja Selamat Bagi Bekerja Berdiri
Videografik Bekerja Selamat Dengan Peralatan Skrin Paparan
Pautan Luar
HUBUNGI KAMI
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel: 03-8886 5342
Faks: 03-8889 2443
BILANGAN PELAWAT
Hari Ini: 15,393
Bulan Ini: 457,677
Jumlah: 57,702,379
Tarikh Kemaskini:
16 / 03 / 2026
Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
-[Tenang Tapi Tewas]-
doshmalaysia
Jun 20, 2026 12:17 pm