Accessibility Tools

OSH Information Center
Latest Information
Programs & Activities
Quick Search
Social Media
TikTok
-[Lawatan Kerja Industri di PROTON Tanjung Malim]-
Satu lawatan kerja industri di PROTON Tanjung Malim telah diadakan pada 21 Mei 2026. Lawatan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi penyediaan analisis komprehensif berkaitan penggunaan robotik dan industri kenderaan elektrik (EV). Analisis ini dilaksanakan demi memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mengurus risiko yang timbul daripada perkembangan teknologi pantas dalam sektor industri berkenaan. Selain itu juga, analisis ini dilaksanakan dengan aspirasi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026 – 2030 (OSHMP30), khususnya Teras Strategik 5.
Delegasi daripada jabatan ini telah diketuai oleh Pn. Sharifah Nurol binti Syed Khairuddin, selaku Ketua Program Aktiviti 1 Teras Strategik 5, bersama-sama dengan enam (6) orang pegawai JKKP. Melalui sesi lawatan tersebut, pihak PROTON dan jabatan ini telah saling bertukar pandangan serta maklumat kritikal berkaitan dengan penggunaan robotik, proses pembuatan kenderaan, keperluan penyelenggaraan dan pengendalian, serta implikasi risiko yang berkaitan.
#JKKPxDOSH #PROTON #OSHMP30 #Robotik #RoadTo150YrsOSH2026

-[Sesi Libat Urus Industri Kenderaan Elektrik (EV) & Robotik : Pendekatan Proaktif dalam Menangani Risiko Masa Depan]-
Sesi libat urus industri yang diadakan di Wyndham Garden I-City, Shah Alam pada 20 Mei 2026 telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohammad Fadzil bin Abdul Manap, selaku Pengerusi Teras Strategik 5 (OSHMP30). Program ini melibatkan perkongsian kepakaran mengenai trend perkembangan industri robotik dan kenderaan elektrik (EV) daripada pelbagai pihak berkepentingan. Antaranya termasuklah pakar akademik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), agensi peneraju industri robotik dan EV iaitu Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), serta pihak industri pembuatan yang mengaplikasikan sistem robotik iaitu Fuji Seats (M) Sdn Bhd. Sesi libat urus ini telah disertai oleh 40 orang wakil dari industri yang mengguna pakai aplikasi robotik di tempat kerja dan pembuat kenderaan elektrik (EV) dari seluruh Malaysia.
Pelaksanaan sesi ini bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi menyediakan analisis komprehensif berhubung trend serta potensi risiko baharu dalam persekitaran kerja dan peranan pekerjaan pada masa hadapan terutamanya di dalam industri kenderaan elektrik (EV) dan industri yang menggunakan sistem robotik. Melalui sesi libat urus ini, para peserta telah saling bertukar pandangan serta berkongsi maklum balas yang membina.
#JKKPxDOSH #Robotik #EV #OSHMP30 #RoadTo150YrsOSH2026

[Kunjungan Hormat HFEM & MBAM: Memperkukuh Sinergi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan] 🤝⛑️🏗️
Satu pertemuan strategik telah berlangsung di Ibu Pejabat JKKP Malaysia hari ini! YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Human Factors & Ergonomic Society Malaysia (HFEM) dan Master Builders Association Malaysia (MBAM).
Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform untuk merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YBrs. Ketua Pengarah, malah membuka ruang perbincangan yang holistik demi memartabatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara kita.
Melalui jalinan kerjasama strategik ini, JKKP, HFEM, dan MBAM komited untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang lebih selamat, sihat, dan kondusif untuk semua.
#JKKPMalaysia #HFEM #MBAM #KunjunganHormat #KeselamatanKesihatanPekerjaan Ergonomik IndustriPembinaan

[SESI LIBAT URUS]
Sesi Libat Urus JKKP Bersama Pihak Berkepentingan Berkenaan
i. Semakan Kadar Fi Pemeriksaan Lif Di Kediaman Bertingkat
ii. Semakan Tempoh Sah Perakuan Kelayakan (Certificate Of Fitness/Cf) Bagi Lif
telah diadakan pada 18 Mei 2026 bertempat di JKKP WPKL & Putrajaya.
Sesi libat urus ini telah melibatkan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerja Raya, Pesuruhjaya Bangunan, wakil Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) sekitar Lembah Klang serta Orang Kompeten (Syarikat) Lif.
Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan bagi memastikan kadar fi yang dicadangkan serta tempoh sah CF adalah munasabah, berpatutan dan praktikal untuk dilaksanakan di samping memperkukuh kerjasama serta mendapatkan komitmen semua pihak ke arah pelaksanaan kadar fi dan tempoh sah CF yang lebih adil, mampan dan berkesan.
#JKKPxDOSH
#PemeriksaanLif
#RoadTo150YrsOSH2026

[SOROTAN SESI LIBAT URUS]
Sesi Libat Urus berkaitan cadangan pindaan kepada Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Orang yang Berlesen) 2024 berkenaan kelayakan dan tempoh pengalaman bagi pemeriksa loji yang menghendaki perakuan kelayakan serta cadangan pelaksanaan fi tambahan luar waktu kerja telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2026 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia. Sesi ini telah dirasmikan oleh Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia dan dihadiri oleh wakil industri, wakil pemilik loji serta orang yang kompeten.
Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pihak berkepentingan terhadap cadangan pindaan yang dikemukakan oleh jabatan. Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai pandangan konstruktif dan cadangan bernas telah dikemukakan bagi memastikan pelaksanaan pindaan yang dicadangkan lebih praktikal, relevan serta selaras dengan keperluan industri semasa.
Secara keseluruhannya, jabatan telah menerima maklum balas yang baik dan positif daripada para peserta. Sesi libat urus ini juga mencerminkan komitmen berterusan JKKP Malaysia dalam memastikan setiap cadangan pindaan dilaksanakan secara inklusif, telus dan mengambil kira kepentingan semua pihak berkepentingan demi memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara.
#JKKPxDOSH
#OrangYangBerlesen

SOROTAN | SESI DIALOG ORANG KOMPETEN DANDANG STIM ⚙️🔥
Sekitar Sesi Dialog Orang Kompeten Dandang Stim: Peranan dan Tanggungjawab di bawah AKKP 1994 antara JKKP dan pihak berkepentingan yang telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Mei 2026.
Program ini menghimpunkan 100 orang peserta terdiri daripada Jurutera Dandang Stim Pelawat dan Jurutera Dandang Stim bagi memperkukuh kefahaman berkaitan tanggungjawab perundangan serta meningkatkan sinergi ke arah pengurusan dandang stim yang lebih selamat, cekap dan berkesan.
Bersama memperkasa budaya kerja selamat demi kesejahteraan pekerja dan industri negara 🇲🇾✨
#JKKPxDOSH #OSHMP30 #AKKP1994
#OrangKompetenDandangStim #SafetyFirst
RoadTo150YrsOSH2026 MalaysiaMADANI

SESI DIALOG ORANG KOMPETEN DANDANG STIM: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ANTARA JKKP DAN PIHAK BERKEPENTINGAN
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sesi Dialog Orang Kompeten Dandang Stim: Peranan dan Tanggungjawab di bawah AKKP 1994 antara JKKP dan Pihak Berkepentingan pada 20 Mei 2026.
Program ini merupakan pelaksanaan di bawah Aktiviti 2, Program 3, Teras Strategik 1, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026-2030 (OSHMP30) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Industri (BKI).
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ahmad Jailani bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP.
Sesi ini telah menghimpunkan seramai:
👷♂️ 40 orang Jurutera Dandang Stim Pelawat
👷♀️ 60 orang Jurutera Dandang Stim
Mengapa dialog ini penting?
Ia menjadi platform dinamik untuk memperkukuh kefahaman tentang tanggungjawab perundangan, di samping membuka ruang perkongsian pandangan dua hala antara JKKP dan pihak berkepentingan demi pengurusan dandang stim yang lebih selamat dan efisien.
Terima kasih atas maklum balas yang sangat positif daripada semua peserta! Sinergi ini adalah kunci kepada penambahbaikan berterusan aspek KKP di Malaysia. 🇲🇾✨
#JKKPxDOSH #OSHMP30
#OrangKompetenDandangStim #SafetyFirst #BahagianKeselamatanIndustri AKKP1994

[Mesyuarat GLC-OSHNET Bil. 2/2026]
Mesyuarat GLC OSH-Net Bil. 2/2026 telah berlangsung pada 18 Mei 2026 di Menara CIMB dan dihoskan oleh CIMB Group Holdings Berhad bagi membincangkan pelaksanaan program di bawah inisiatif GLC OSH-Net serta memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).
Sesi pembukaan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pentadbiran dan Pengurusan Hartanah, En. Mohammad Ismi bin Ismail, yang mengalu-alukan kehadiran seluruh ahli jawatankuasa. Mesyuarat rasmi seterusnya telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Mohamad Fazli bin Masri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar Antarabangsa, Pembangunan dan Penyelidikan
Turut diadakan pembentangan cadangan pelaksanaan Kelab KKP di sekolah melalui kerjasama strategik bersama GLC sebagai usaha menyemai budaya keselamatan sejak di peringkat awal pendidikan. Selain itu, ahli mesyuarat turut mengikuti taklimat khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
✨ Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir atas komitmen dan kerjasama dalam memperkukuh budaya kerja selamat dan sihat.✨
#JKKPxDOSH #GLC #GLCOSHNET #RoadTo150YrsOSH2026 #MalaysiaMadani

YouTube
External Links
CONTACT US
Department of Occupational Safety and Health
Level 5 (Main Counter), Setia Perkasa 4,
Setia Perkasa Complex,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel: 03-8886 5342
Fax: 03-8889 2443
Visitor Count
Hari Ini: 8,388
Bulan Ini: 356,499
Jumlah: 57,130,327
Updated Date:
16 / 03 / 2026
Best viewed using Mozilla Firefox and Google Chrome browsers with a screen resolution of 1920 x 1080
Copyright Reserved 2025 © Department of Occupational Safety and Health.
VIDEO INTEGRITI – JKKP IBU PEJABAT
doshmalaysia
May 13, 2026 5:01 pm