Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Sistem Mata Program Pendidikan Berterusan (CEP)

Sistem Mata Program Pendidikan Berterusan (CEP)

Di bawah Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan) 1997,  Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah berdaftar dengan Jabatan adalah dikehendaki menghadiri sekurang-kurangya satu program pendidikan berterusan dalam tempoh satu tahun bagi tujuan pembaharuan pendaftaran. Definisi program pendidikan berterusan (Continuous Education Program – CEP) hanyalah terhad kepada menghadiri kursus yang diiktiraf oleh Jabatan dengan mata sebanyak 15 mata.

Walau bagaimanapun, memandangkan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (Safety Health Officer – SHO) juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti promosi, pembangunan piawaian atau garispanduan, dan juga pembangunan kompetensi. Maka, Jabatan telah meluaskan definisi CEP kepada enam(6) perkara yang membolehkan SHO menepati kepada Peraturan 8 ini. Perluasan definisi ini boleh didapati di Garispanduan Sistem Pengiraan Mata bagi Program Pendidikan Berterusan.

Oleh itu, panduan pendaftaran program pendidikan berterusan hanyalah menjurus kepada Perkara 4.3 di dalam Garispanduan Sistem Pengiraan Mata bagi Program Pendidikan Berterusan iaitu penganjuran 2 hari kursus, seminar, persidangan, dialog, bengkel, konvensyen atau ceramah pembangunan profesional berterusan bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mendapatkan pengiktirafan Jabatan sahaja.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 99,259
Bulan Ini: 1,067,155
Jumlah: 37,898,424

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.