Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Rekabentuk Mesin Angkat

Rekabentuk Mesin Angkat

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024 (Peraturan LYMPK 2024) diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 27B iaitu Menteri boleh menetapkan mana-mana loji yang baginya suatu perakuan kelayakan dikehendaki. Peraturan ini mula berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024.

Pembangunan panduan in adalah berdasarkan Seksyen 27C, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) dimana Ketua Pengarah boleh menetapkan terma dan syarat yang perlu dipatuhi.

Panduan ini disediakan untuk rujukan pemohon semasa membuat permohonan verifikasi reka bentuk dan kelulusan pengubahan jentera mengangkat bagi memastikan pemohon mendapat panduan yang tepat dan jelas. Panduan ini menetapkan syarat-syarat permohonan verifikasi reka bentuk dan kelulusan pengubahan bagi jentera mengangkat kecuali lif, eskalator dan laluan gerak berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024.

Setiap jentera mengangkat yang menggunakan pacuan kuasa (power driven) seperti elektrik, diesel, pneumatik dan setara dengannya perlu memiliki Perakuan Kelayakan Jentera mengangkat (CF) yang sah untuk digunakan. Untuk tujuan tersebut, verifikasi reka bentuk perlu dipohon terlebih dahulu daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ibu pejabat sebelum dibina, dipasang atau digunakan.

Di bawah Peraturan LYMPK 2024, jentera mengangkat adalah antara loji yang ditetapkan sebagai loji yang menghendaki perakuan kelayakan. Tafsiran jentera mengangkat sebagaimana dinyatakan dalam peraturan ini; ertinya apa-apa kelengkapan untuk mengangkat, menaikkan, mengangkut atau menurunkan beban.

Prosedur Permohonan

Permohonan verifikasi reka bentuk hanya boleh dibuat melalui sistem atas talian MySKUD secara single sign-on (SSO) melalui sistem MyKKP. Oleh itu, pemohon hendaklah mempunyai akaun MyKKP bagi tujuan mengakses MySKUD.

Jenis permohonan berkaitan jentera mengangkat adalah seperi berikut:

  • Verifikasi Reka Bentuk Jentera Mengangkat Baru (Tempatan)
  • Verifikasi Reka Bentuk Jentera Mengangkat Baru (Import)
  • Kelulusan Pengubahan Reka Bentuk Jentera Mengangkat
  • Verifikasi Reka Bentuk Jentera Mengangkat Terpakai
  • Demo Jentera Mengangkat

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada:

Unit Jentera Mengangkat
Bahagian Keselamatan Industri,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Aras 3, Blok D4, Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 W. P. Putrajaya.
Tel : 03 – 8886 5343

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 98,256
Bulan Ini: 1,066,160
Jumlah: 37,897,438

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.