Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Ujian Audiometrik (PUA) – Statik

Pusat Ujian Audiometrik (PUA) – Statik

Penerangan /Tanggungjawab

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 menyatakan tiap-tiap majikan yang telah menjalankan penaksiran risiko bising dan menunjukkan bahawa mana-mana pekerja terdedah kepada bising berlebihan melebihi had pendedahan bising yang dinyatakan dalam peraturan, majikan hendaklah menyebabkan ujian audiometrik dijalankan ke atas pekerja itu setiap tahun. Bagi maksud menjalankan ujian audiometrik, majikan hendaklah melantik pusat ujian audiometrik yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Tanggungjawab :

PUA hendaklah:

  • mengatur program pengujian audiometrik dengan majikan;
  • memastikan pengujian audiometrik dilakukan dalam tempoh sah pendaftaran PUA;
  • memastikan pengujian audiometrik hanya dijalankan pada pekerja yang telah berada dalam keadaan senyap sekurang-kurangnya selama 14 jam tanpa PHP;
  • memberitahu Pengarah JKKP pejabat negeri masing-masing sekurang- kurangnya dua (2) minggu sebelum menjalankan mana-mana program pengujian audiometrik;
  • menyerahkan laporan keputusan pengujian audiometrik kepada majikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengujian audiometrik;
  • memaklumkan Ketua Pengarah berkenaan apa-apa perubahan dengan PUA yang telah diluluskan, termasuklah:
    • juruteknik audiometrik yang dilantik; 
    • OHD yang dilantik;
    • pemilik PUA;
    • perubahan lokasi PUA statik;
    • kemudahan PUA statik dan bergerak;
  • memastikan penyenggaraan berkala dan penentukuran tahunan fasiliti PUA;
  • menyenggara rekod pengujian audiometrik dengan baik;
  • dan menghantar ringkasan semua laporan audiometrik bagi setiap tahun kalendar kepada Ketua Pengarah JKKP tidak lewat dari 31 Januari tahun yang berikutnya

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 106,638
Bulan Ini: 2,429,291
Jumlah: 46,411,622

Tarikh Kemaskini:

14 / 5 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.