Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pengendali Perancah

Pengendali Perancah

Di dalam Peraturan 74 (1) Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986, menyatakan bahawa “tiada perancah boleh dibina atau sebahagian besarnya diubah atau ditanggalkan kecuali di bawah penyeliaan terus oleh orang yang ditetapkan (designated person).

Maksud orang yang ditetapkan (designated person) ditafsirkan sebagai seseorang kompeten yang dilantik oleh majikan untuk menjalankankerja-kerja penyeliaan atau memeriksa atau menjalankan tugas atau yang dinyatakan di dalam peraturan. Manakala orang kompeten di dalam konteks ini di maksudkan seseorang yang telah mengikuti dan lulus kursus pengendali perancah dan memperoleh sijil kompetensi dari pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP.

Di dalam Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 12 Tahun 1999 (Arahan Pendaftaran Pengendali Perancah Dan Operator Kren), perkara 4(d) memaklumkan setiap pengendali perancah hendaklah berdaftar dengan JKKP sebelum mereka dibenarkan menjalankan kerja-kerja memasang, menyelenggara dan merombak perancah.

Tempoh sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh JKKP adalah selama 2 tahun dan permohonan pendaftaran dan pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh setahun selepas lulus penilaian atau tarikh tamat tempoh sijil kompetensi. Bagi yang memohon selepas tempoh tersebut, pemohon dikehendaki hadir penilaian semula yang dikendalikan oleh pusat pengajar yang diiktiraf oleh jabatan.

Pendaftaran

Pendaftaran Orang Yang Kompeten (OYK) Pengendali Perancah

Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > PENGENDALI PERANCAH > PENDAFTARAN

Dokumen

  • Maklumat Am Pemohon
  • Maklumat Majikan
  • Maklumat Kelayakan Akademik
  • Maklumat Pengalaman Kerja
  • Maklumat Kursus Berkaitan Permohonan
  • Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
  • Maklumat Perubatan (terkini)
  • Dokumen sokongan :
  • Salinan Kad Pengenalan – WAJIB
  • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
  • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
  • Membuat Perakuan dan Hantar untuk permohonan pendaftaran
  • Pemohon perlu menunggu panggilan temuduga daripada JKKP Negeri bagi Tarikh dan Masa temuduga

Pembaharuan

Pembaharuan Orang Yang Kompeten (OYK) Pengendali Perancah

Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > PENGENDALI PERANCAH > PEMBAHARUAN

Dokumen

  • Maklumat Am Pemohon
  • Maklumat Majikan
  • Maklumat Kelayakan Akademik
  • Maklumat Pengalaman Kerja
  • Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
  • Maklumat Perubatan (terkini)
  • Dokumen sokongan :
  • Salinan Kad Pengenalan – WAJIB
  • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
  • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
  • Membuat Perakuan dan Hantar untuk permohonan pembaharuan

PERTANYAAN LANJUT

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 87,563
Bulan Ini: 1,055,547
Jumlah: 37,886,886

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.