Juruteknik Higien 1
“Menjalankan pemantauan pendedahan kimia.”
Kelayakan
Pemohon yang ingin berdaftar dengan Ketua Pengarah sebagai orang kompeten yang dipanggil Juruteknik Higien 1 hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Syarat Am:
- Warganegara Malaysia;
 - Tidak pernah didakwa dan didapati bersalah atas kesalahan di bawah Akta 514 atau peraturan-peraturan di bawahnya;
 - Disahkan sihat oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD); dan
 - Mengemukakan permohonan pendaftaran dalam tempoh 3 tahun selepas hadir kursus Penaksir dan lulus peperiksaan.
 
Syarat Khusus:
- Pilihan 1
- Berdaftar sebagai Industrial Hygienist atau Occupational Hygienist oleh badan yang diiktiraf oleh JKKP seperti di LAMPIRAN 1; DAN
 - Lulus peperiksaan HT1 (Bahagian II) di Penyedia Latihan Berdaftar. ATAU
 
 - Pilihan 2
- Mempunyaisekurang-kurangnya Post-Graduate Diploma in Occupational or Industrial Hygiene yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); DAN
 - Lulus peperiksaan HT1 di Penyedia Latihan Berdaftar. ATAU
 
 - Pilihan 3
- Mempunyai Diploma in Engineering and Natural & Applied Sciences yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); DAN
 - Mempunyai pengalaman kerja minimum satu (1) tahun dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan; DAN
 - Hadir kursus dan lulus peperiksaan HT1 di Penyedia Latihan Berdaftar. ATAU
 
 - Pilihan 4
- Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan/ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan prinsipal dalam mana-mana subjek sains atau Sijil Kejuruteraan Politeknik atau yang setaraf; DAN
 - Mempunyai pengalaman kerja minimum satu (1) tahun dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan; DAN
 - Hadir kursus dan lulus peperiksaan HT1 di Penyedia Latihan Berdaftar. ATAU
 - Kelayakan lain yang bersamaan/setara dengan kelayakan pilihan 1 hingga pilihan 3.
 
 
Permohonan baru dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui













