Pengurusan Kimia
Bahan kimia digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia kerana penggunaan bahan kimia dapat membantu untuk memperbaiki kehidupan seharian dan mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia. Walaupun dapat membantu memperbaiki kehidupan harian, sesetengah bahan kimia boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesihatan manusia dan juga persekitaran. Ancaman ini boleh mendatangkan kesan akut atau kronik, yang mana penawarnya adalah hampir mustahil.
Antara beberapa contoh bahan kimia yang telah dibuktikan berbahaya kepada kesihatan melalui kajian adalah asbestos, benzene dan formaldehid. Agensi seperti The U.S. Department of Health and Human Services, the EPA, dan The International Agency for Research on Cancer (IARC) telah mengelaskan asbestos sebagai bahan yang boleh menyebabkan kanser kepada manusia. Di Malaysia, asbestos masih digunakan sebagai bahan binaan dan komponen kenderaan. Ini berpotensi untuk meningkatkan risiko penyakit seperti kanser paru-paru dan asbestosis kepada sekumpulan besar pekerja industri negara. Benzena pula, salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan polimer dan plastik, juga telah dikelasifikasikan sebagai bahan kimia karsinogen oleh agensi-agensi yang sama. Satu lagi bahan kimia yang baru dikelaskan sebagai karsinogen oleh IARC pada tahun 2011 ialah formaldehid, bahan kimia yang sering digunakan untuk menghasilkan bahan pelekat di negara ini. Jumlah pekerja yang terlibat dalam pembuatan dan pengendalian bahan-bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan adalah amat besar dan disebabkan itu, kebajikan mereka perlulah dititikberatkan.
Di sinilah kami, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, perlu memainkan peranan untuk melindungi pekerja dan juga orang ramai secara tidak langsung. Sebarang isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikaitkan dengan bahan kimia boleh dikurangkan secara menyeluruh melalui pengurusan dan pengendalian bahan kimia yang terancang. Tambahan itu, Bahagian Pengurusan Kimia yang bertindak sebagai kumpulan pemikir kepada Jabatan untuk melihat isu kimia terkini dan merangkumkan idea inovatif terkini ke dalam instrumen perundangan sedia ada untuk memastikan pendekatan holistik dan pengurusan kimia yang mampan di tempat kerja. Semua peraturan-peraturan dan garis panduan yang berkaitan telah disenaraikan seperti di bawah dan maklumat lanjut berkaitan setiap topik boleh diakses melalui pautan hiper yang berkenaan.
Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) ini dibangunkan untuk menyediakan kerangka perundangan untuk mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.
Peraturan ini juga adalah untuk menetapkan standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan terhadap pekerja di tempat kerja.
Jika bahan kimia tidak tersenarai didalam Jadual I atau II tetapi dikelaskan sebagai bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dibawah Peraturan CLASS dan digunakan di tempat kerja, bahan kimia tersebut akan tertakluk di bawah Peraturan USECHH.
Senarai Semak Self Assessment Peraturan USECHH 2000
a. CHRA Edisi ke-3
Garis panduan ini boleh dinamakan A Manual of Recommended Practice on Assessment of the Health Risks Arising from the Use of Chemicals Hazardous to Health at the Workplace (3rd Edition), (Manual bagi Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan yang terhasil daripada penggunaan Bahan Kimia Berbahaya di Tempat Kerja: Edisi Ketiga). Tujuan manual ini adalah untuk memberi panduan kepada pengapit untuk menjalankan penaksiran risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada penggunaan, pengendalian, penyimpanan atau pengangkutan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan USECHH.
Seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis mengenai risiko yang dihasilkan oleh bahan kimia kepada kesihatan pekerja.
b. Senarai Orang Yang Berdaftar CHRA (Pengapit)
Majikan perlu memastikan penaksiran risiko kimia dijalankan oleh pengapit yang berdaftar dengan Jabatan seperti yang telah disenaraikan di sini.
a. Panduan Bagi Menggunapakai Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (GCHRA) 2019
Pendekatan Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan secara generik boleh digunapakai pada tempat-tempat kerja yang mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan serta risiko dan langkah-langkah kawalan yang diambil adalah setara.
Dalam penaksiran risiko generik, laporan penaksiran yang telah dibuat bagi sesuatu tempat kerja boleh digunakan untuk tempat kerja yang lain jika aktiviti, risiko dan langkah-langkah kawalan adalah sama.
Penaksiran generik boleh dijalankan di tempat-tempat kerja seperti rangkaian stesen minyak, kedai makanan segera, kedai dobi, ladang getah, ladang kelapa sawit dan lain-lain lagi.
Panduan Bagi Menggunapakai Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (GCHRA) 2019 boleh didapatkan di sini
b. Senarai Syarikat dan Tempat Kerja Yang Telah Mendapat Kelulusan Generik CHRA
Senarai syarikat yang telah berjaya mendapatkan kelulusan GCHRA adalah seperti di sini.
Garis panduan ini menyediakan maklumat lanjut mengenai cara untuk mematuhi Peraturan USECHH bagi mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dan untuk menghapuskan atau mengurangkan pendedahan sebenar atau potensi pekerja untuk bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
Peraturan 14 (1) menetapkan kewajipan majikan untuk mengambil tindakan menghapuskan atau mengurangkan pendedahan sebenar atau kemungkinan pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, seseorang majikan hendaklah mengambil apa-apa tindakan, yang boleh termasuk mengubah proses, amalan, tatacara kerja, loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan, dalam masa sebulan selepas menerima laporan penaksiran daripada pengapit.
Peraturan 14 (2) menetapkan majikan hendaklah memastikan bahawa semua langkah kawalan yang dilaksanakan di bawah subperaturan (1) mengurangkan tahap pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kepada tahap praktik yang terendah atau, bagi bahan kimia yang baginya telah diberikan had pendedahan yang dibenarkan, di bawah had itu. Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat didokumenkan, dilaksanakan dan dikaji semula apabila terdapat perubahan ketara kepada proses, peralatan, bahan atau langkah-langkah kawalan yang dipasang.
Garis panduan ini adalah bertujuan sebagai panduan kepada majikan untuk mematuhi kehendak berkenaan dengan penggunaan alat pelindung diri yang diluluskan dan sesuai seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan USECHH. Garis panduan ini hanya terpakai kepada peralatan perlindungan diri yang berkaitan dengan perlindungan terhadap pendedahan kimia.
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (Peraturan CLASS) telah diwartakan pada 11 Oktober 2013.
Peraturan CLASS merupakan satu peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Peraturan CLASS ini bagi menggantikan Peraturan – Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 (Peraturan CPL). Peraturan CLASS merupakan kawalan dalam bentuk perundangan untuk memastikan pembekal menyediakan maklumat yang mencukupi berkaitan bahaya bahan kimia bagi memastikan risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berkemungkinan wujud hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja dapat dikawal pada tahap rendah, seterusnya menyediakan suasana dan keadaan tempat kerja yang selamat dan sihat.
Di bawah Peraturan CLASS, pembekal perlu menjalankan pengelasan, pelabelan, penyediaan Helaian Data Keselamatan, pembungkusan dan penghantaran maklumat inventori bahan kimia. Dalam peraturan ini, pembekal ditakrifkan sebagai seseorang yang membekalkan bahan kimia berbahaya, dan termasuklah pembekal utama (seseorang pembekal yang merumus, mengilang, mengimport, mengitar semula atau merumus semula bahan kimia berbahaya) dan pembekal subsidiari (seseorang pembekal yang membungkus semula, mengedar atau menjual secara runcit bahan kimia berbahaya).
Peraturan CPL yang sebelum ini digunakan sebagai mekanisme kawalan pembekalan bahan kimia berbahaya ke tempat kerja di Malaysia telah mula dikuatkuasakan pada 15 April 1997. Walaupun demikian memandangkan kini Sistem Terharmoni Global Bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS) sedang giat dilaksanakan di seluruh dunia, Malaysia turut mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan GHS dalam sektor industri dengan pewartaan Peraturan CLASS bagi menggantikan Peraturan CPL yang sedia ada.
Maklumat lanjut:
- Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan Dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013
- *Dokumen tersebut mengandungi Bahasa Melayu (muka surat 1-37) dan Bahasa Inggeris (muka surat 38-72)
- Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard, 2014 [ ZIP ] [ PDF ]
- *Hanya versi dokumen yang dipaparkan di sini sahaja yang diterima pakai oleh JKKP
- Surat Pemberitahuan Pewartaan Kod Tataamalan Industri bagi Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya
- Senarai Pernyataan Bahaya dan Pernyataan Berjaga-jaga
- Senarai Piktogram Bahaya
- Express Labelling Self – Assessment (ELSA)
- (Semakan kendiri terhadap label bagi mematuhi Peraturan CLASS)
- Laman Sesawang Sistem Pengurusan Maklumat Bahan Kimia
- FAQ
- Senarai Makmal Pengujian Bahan Kimia di Malaysia
- Panduan dan Carta Alir bagi Permohonan Kepada Ketua Pengarah JKKP bagi Ketidakselarasan Pengelasan di dalam Tataamalan Industri
- Soalan Lazim CIMS
- Infografik Soalan Lazim CIMS
- Senarai Semak Self Assessment Peraturan CLASS 2013
Kualiti udara dalaman menerangkan bagaimana udara dalaman boleh memberikan kesan kepada kesihatan, keselesaan dan kebolehan untuk bekerja. Antara aspek yang mempengaruhi kuaIiti udara dalaman adalah suhu, kelembapan relatif, kulat, bakteria, pengudaraan yang tidak baik, dan juga pendedahan kepada bahan kimia. Kesedaran mengenai pencemaran udara dalaman adalah kurang jika dibandingkan dengan pencemaran udara luaran. Walau bagaimanapun, isu kualiti udara dalaman telah mendapat perhatian masyarakat umum apabila bahan cemar udara yang baru dijumpai, jenis rekaan bangunan moden yang memisahkan persekitaran dalaman dan luaran, dan juga peningkatan kes sindrom bangunan sakit.
Kualiti udara dalaman yang tidak baik akan menyumbang kepada ketidakselesaan, kesan kepada kesihatan, ketidakhadiran kerja dan produktiviti yang rendah. Kualiti udara dalaman yang baik akan memberi kesan kepada kesihatan yang baik kepada penghuni bangunan sekaligus menyumbang kepada keselesaan dan kesejahteraan. Antara kesan kesihatan yang disebabkan oleh kualiti udara dalaman yang tidak baik adalah penyakit Legionnaires, kanser akibat pendedahan radon dan keracunan karbon monoksida. Bagi impak kesihatan yang lebih meluas adalah seperti kesan alahan dan asma akibat pendedahan kepada bahan pencemar seperti habuk dan kulat, ketidakselesaan akibat kesejukan melampau, penyakit berjangkit melalui udara dan simptom-simptom Sindrom Bangunan Sakit seperti pening dan sakit kepala, keletihan melampau, masalah kulit dan lain-lain. Kesan-kesan dan impak kesihatan seperti ini akan menyumbang kepada perbelanjaan rawatan perubatan, cuti sakit dan kurangnya produktiviti kepada penghuni-penghuni bangunan berkenaan.
Pada tahun 2010, Jabatan telah memperkenalkan Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 bagi meningkatkan pematuhan tempat kerja yang dimaksudkan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan isu-isu kualiti udara dalaman adalah melibatkan penyiasatan aduan yang diterima daripada pekerja. Prosedur melakukan aduan boleh dirujuk di dalam Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010. Proses melakukan siasatan biasanya melibatkan 5 aktiviti utama iaitu lawatan awal tempat aduan, pengukuran paras kontamina yang terkandung di tempat aduan, penganalisian data, perbincangan dengan majikan dan pengeluaran laporan
ICOP IAQ 2010
Tataamalan Industri ini dikenali sebagai Tataamalan Industri bagi Kualiti Udara Dalaman 2010 yang diluluskan oleh Menteri Sumber Manusia pada 30 Ogos 2010 dan akan menggantikan Code of Practice on Indoor Air Quality yang dilancarkan oleh Menteri Sumber Manusia pada bulan Julai 2005.
Kualiti udara dalaman (IAQ) yang baik diperlukan bagi persekitaran kerja dalaman yang sihat. Kualiti udara dalaman yang kurang baik boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Masalah kesihatan yang biasanya dikaitkan dengan IAQ kurang baik termasuk tindak balas alahan, masalah pernafasan, kerengsaan mata, sinusitis, bronkitis dan pneumonia. Masalah IAQ berlaku di dalam bangunan yang dilengkapi sistem pengalihudaraan mekanikal dan penyaman udara (MVAC) termasuk unit pendingin udara pisah. Masalah IAQ boleh disebabkan oleh bahan cemar udara dalaman atau pengalihudaraan yang tidak mencukupi.
Terdapat banyak punca bahan cemar udara dan antara punca yang lazim ialah asap tembakau persekitaran (ETS) yang dibebaskan oleh pembakaran produk tembakau; pelbagai bahan kimia seperti formaldehid yang dibebaskan daripada hiasan; sebatian organik meruap yang dibebaskan daripada penggunaan pelarut; dan ozon yang dibebaskan oleh mesin fotokopi dan pencetak laser. Perlu diambil perhatian bahawa ETS telah dikenal pasti sebagai karsinogen kepada manusia oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) dalam tahun 2002 dan pendedahan kepada ETS akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
Tataamalan ini digubal untuk memastikan pekerja dan penduduk dilindungi daripada kualiti udara kurang baik yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka, dan dengan ini mengurangkan produktiviti mereka. Kewajipan majikan dan mereka yang bekerja sendiri ke atas pekerja mereka adalah seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP), manakala Seksyen 17 AKKP menetapkan bahawa kewajipan ini turut menjadi kewajipan am majikan dan mereka yang bekerja sendiri kepada orang lain selain pekerja mereka.
Tataamalan Industri ini turut menekankan kewajipan penghuni tempat kerja ke atas orang selain pekerjanya yang ditetapkan dalam Seksyen 18 AKKP. Penghuni adalah orang yang terlibat dalam pengurusan atau mempunyai kawalan ke atas tempat kerja. Kewajipan ini perlu dilaksanakan ke atas orang yang bukan pekerjanya tetapi menjalankan kerja di premisnya. Pematuhan Tataamalan Industri ini boleh digunakan sebagai bukti amalan baik dalam mahkamah.
Jadual 1: Julat boleh terima bagi parameter fizikal khusus
Parameter | Julat Boleh Terima |
(a) Suhu udara | 23 – 26 °C |
(b) Kelembapan relatif | 40-70% |
(c) Pergerakan udara | 0.15 – 0.50 m/s |
Jadual 2: Bahan cemar udara dalaman dan had boleh terima
Bahan Cemar Udara Dalaman | Had Boleh Terima | ||
ppm | mg/m3 | cfu/m3 | |
Bahan Cemar Kimia (a) Karbon Monoksida (b) Formaldehid (c) Ozon (d) Zarah Ternafaskan (e) Jumlah Sebatian Organik Meruap (TVOC) | |||
10 0.1 0.05 – 3 | – – – 0.15 – | – – – – – | |
Bahan Cemar Biologikal (a) Jumlah Kiraan Bakteria (b) Jumlah Kiraan Kulat | – – | – – | 500* 1000* |
Petunjuk prestasi Pengalihudaraan (a) Karbon Dioksida | C1000 | – | – |
Nota:
- Bagi bahan cemar kimia, hadnya adalah kepekatan di udara purata berpemberat lapan jam.
- mg/m3 adalah miligram per meter persegi udara pada 25°C dan satu tekanan atmosfera.
- ppm adalah bahagian wap atau gas per juta bahagian udara tercemar menurut isi padu.
- cfu/m3 adalah unit membentuk koloni per meter padu.
- C adalah had siling yang tidak boleh dilebihi pada bila-bila masa. Bacaan melebihi 1000 ppm merupakan petunjuk pengalihudaraan tidak mencukupi.
- * lebihan kiraan bakteria tidak semestinya menunjukkan risiko kesihatan tetapi menjadi petunjuk bagi siasatan lanjut.
Organisma Kulat
Kulat adalah sejenis fungus yang biasa dijumpai di permukaan bumi dan merangkumi 25 peratus biomass di bumi ini. Contoh kulat jenis lain yang berkaitan adalah yis dan cendawan. Kulat merupakan organisma yang sentiasa wujud di atas bumi dan bertindak sebagai pengurai bahan organik bagi mengekalkan kesinambungan tumbuhan dan haiwan. Kulat dihasilkan daripada sel-sel filamen yang dipanggil hifa. Dalam kondisi yang bersesuaian, hifa boleh membesar menjadi string yang berkaitan dan membentuk struktur badan kulat tersebut atau lebih dikenali sebagai mycelium. Mycelium ini boleh dilihat dengan mata kasar. Kulat boleh membiak melalui spora. Walaubagaimanapun, kulat juga boleh membiak jika sebahagian fragmen hifa yang patah dipindahkan ke kawasan yang mempunyai kelembapan dan bahan makanan organik yang mencukupi.
Terdapat beberapa jenis kulat yang wujud di dalam persekitaran dalaman iaitu:
- Cladosporium
- Penicillium
- Alternaria
- Aspergillus
Penyebab Pertumbuhan Kulat
Kulat sememangnya mempunyai daya tahan yang tinggi dan boleh menyesuaikan diri dengan baik. Kulat mendapat nutrien yang diperlukan melalui penguraian bahan organik. Kebanyakan kulat yang ditemui pada udara dalaman adalah saprotrophic, iaitu kulat yang mendapat sumber makanan daripada bahan organik lembap yang mati seperti kayu, kertas, cat, fabrik, tanah, habuk dan makanan mentah ataupun dimasak. Kulat boleh juga tumbuh pada permukaan lembap bahan bukan organik seperti kaca dan konkrit terdedah yang dilitupi oleh biofilm tidak kelihatan.
Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang disenaraikan dibawah dan menjadi penyumbang kepada pertumbuhan kulat di persekitaran binaan:
- Spora kulat yang sentiasa ada di dalam udara
- Nutrien seperti kekotoran, debu selulosa dan kanji
- Suhu sekitar 5oC hingga 50oC
- Kelembapan relatif yang konsisten di atas 70%
- Oksigen

Gambar rajah 1: Faktor Pertumbuhan Kulat
Kelembapan udara yang tinggi merupakan salah satu kunci elemen yang menyumbang kepada pertumbuhan kulat. Oleh itu, bagi menghalang pertumbuhan kulat, sebarang faktor yang boleh menyumbang kepada kelembapan di dalam bangunan seharusnya dikenalpasti dan dihapuskan. Suhu permukaan yang rendah (di bawah daripada takat embun) bagi udara bersebelahan dengan dinding atau lantai boleh menyebabkan pemeluwapan pada permukaan tersebut dan jika dibiarkan ia akan menjadi tempat pembiakan ideal bagi pertumbuhan kulat.
Semua kulat memerlukan sumber makanan, air dan masa untuk bercambah dan membesar. Sesetengah kulat boleh bercambah sepantas 4 hingga 12 jam. Jika dibiarkan tanpa gangguan, kulat boleh membesar dan merebak di dalam tempoh 24 hingga 72 jam.
Masalah endogen kulat selalunya berlaku apabila kerosakan air berlaku pada material organik secara berpanjangan dan berulang. Spora kulat boleh dibawa ke persekitaran dalam melalui persekitaran luar. Faktor persekitaran luar yang boleh memberi kesan kepada kepekatan spora kulat termasuklah marked shade, peningkatan tahap kehadiran serpihan organik dan harta benda yang terbiar.
Banjir, pemeluwapan, kebocoran paip, kebocoran tingkap dan kebocoran bumbung adalah sumber kelembapan yang berpotensi dalam membawa kepada infestasi kulat. Peningkatan kelembapan ambien disebabkan pengudaraan yang tidak mencukupi atau pengeringan yang tidak sempurna juga menjadi penyebab kepada pertumbuhan kulat.
Potensi Kesan Kesihatan Akibat Kulat
Kulat boleh menyebabkan pelbagai kesan kesihatan kepada manusia. Impak keterukan bergantung kepada jenis dan jumlah kulat yang wujud di samping tahap kerentanan dan kepekaan seseorang individu yang terdedah kepada kulat. Manusia terdedah kepada kulat melalui pemakanan, penyedutan dan sentuhan kulit. Kulat menyebabkan kesan akut kesihatan melalui inflamasi toksin, alergi atau infeksi.
Sindrom Bangunan Sakit
“Sindrom bangunan sakit” adalah nama yang biasa digunakan bagi penyakit yang berlaku dalam kalangan penduduk akibat kualiti udara dalaman yang kurang baik.
Sindrom bangunan sakit memerihalkan situasi yang penduduk bangunan mengalami kesan akut kesihatan dan/atau keselesaan yang berkaitan dengan masa yang diluangkan di dalam bangunan tertentu, tetapi tidak ada penyakit atau penyebab khusus yang dapat dikenal pasti. Aduan mungkin boleh tertumpu di dalam bilik atau zon tertentu, atau boleh merangkumi keseluruhan bangunan.
Sesetengah daripada bangunan ini mungkin tidak dialih udara secukupnya. Sebagai contoh, sistem pengalihudaraan mekanikal mungkin tidak direka bentuk atau beroperasi untuk menyediakan jumlah pengambilan udara luar yang mencukupi. Umumnya, manusia mempunyai kurang kawalan ke atas persekitaran dalaman di pejabat mereka berbanding dengan persekitaran dalaman di rumah mereka. Justeru terdapat peningkatan insiden masalah kesihatan yang dilaporkan.
Kadang-kadang, penduduk bangunan mengalami gejala yang tidak sepadan dengan corak apa-apa penyakit tertentu dan sukar untuk dikesan apa-apa punca khusus. Fenomena ini dilabel sebagai sindrom bangunan sakit. Gejala yang timbul dalam kalangan penduduk “bangunan sakit” berbeza-beza daripada kerengsaan mata dan hidung, kelesuan, batuk, rinitis, loya, sakit kepala, sakit tekak atau gabungan mana-mana gejala tersebut.
Penyakit Berkaitan Bangunan
Sebilangan penyakit yang benar-benar dikenal pasti, seperti penyakit Legionnaires, asma, pneumonitis hipersensitiviti, dan humidifier fever, telah dikaitkan secara langsung kepada masalah bangunan khusus. Ini dinamakan penyakit berkaitan bangunan. Kebanyakan penyakit ini boleh dirawat; namun begitu, sesetengahnya mendatangkan risiko serius.
Penyakit Legionnaires merupakan satu daripada penyakit berkaitan bangunan. Ia merupakan satu bentuk pneumonia berbakteria yang dicirikan oleh demam, seram sejuk dan batuk kering yang dikaitkan dengan sakit otot dan kadang-kadang diarea. Penyakit Legionnaires mendapat namanya semasa orang yang menghadiri konvensyen Legion Amerika di Philadelphia dalam bulan Julai 1976 diserang penyakit ini. Demam Pontiac pula adalah penyakit yang kurang serius yang dicirikan oleh demam dan sakit otot tanpa gejala pneumonia.
Bakteria yang menyebabkan penyakit Legionnaires, legionella pneumophila, akan membiak di dalam mana-mana takungan persekitaran yang keperluan nutrient, air dan suhunya dipenuhi, dan memasuki udara apabila tempat tersebut diganggu. Bakteria ini membiak subur pada suhu di antara 25°C dengan 45°C, dengan suhu optimum sekitar 35°C. Walaupun organisma ini terdapat melata dalam alam sekitar, kepekatan di udara hanya sesekali mencapai aras yang cukup untuk menjangkiti subjek biasa.
Menara pendinginan air dan sistem air panas di dalam bangunan telah dikenal pasti sebagai punca utama organisma ini. Tanpa rawatan ke atas air atau tanpa penyenggaraan sistem yang cukup, legionella boleh membiak dan kemudian teragih ke seluruh bangunan melalui sistem pengendalian udara.
Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar Negeri sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar Negeri. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia. Jabatan memainkan peranan yang penting dalam membantu PBK KSK menguatkuasakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Peraturan-Peraturan Konvensyen Senjata Kimia 2007. Jabatan telah diberi tanggungjawab dalam menyediakan prosedur pemeriksaan kebangsaan bagi senjata kimia oleh Inspektor Kebangsaan.
Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar Negeri sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar Negeri. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia. Jabatan memainkan peranan yang penting dalam membantu PBK KSK menguatkuasakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Peraturan-Peraturan Konvensyen Senjata Kimia 2007. Jabatan telah diberi tanggungjawab dalam menyediakan prosedur pemeriksaan kebangsaan bagi senjata kimia oleh Inspektor Kebangsaan.
Ahli Pihak Berkuasa adalah seperti berikut:
- Kementerian Luar Negeri sebagai agensi peneraju
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Kementerian Sumber Manusia)
- Jabatan Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan)
- Jabatan Kimia
- Jabatan Alam Sekitar
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Lembaga Racun Makhluk Perosak
- Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Maklumat lanjut:
Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar Negeri sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar Negeri. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia. Jabatan memainkan peranan yang penting dalam membantu PBK KSK menguatkuasakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Peraturan-Peraturan Konvensyen Senjata Kimia 2007. Jabatan telah diberi tanggungjawab dalam menyediakan prosedur pemeriksaan kebangsaan bagi senjata kimia oleh Inspektor Kebangsaan.
Ahli Pihak Berkuasa adalah seperti berikut:
- Kementerian Luar Negeri sebagai agensi peneraju
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Kementerian Sumber Manusia)
- Jabatan Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan)
- Jabatan Kimia
- Jabatan Alam Sekitar
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Lembaga Racun Makhluk Perosak
- Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Maklumat lanjut:
Jadual di bawah adalah senarai bahan kimia dan prekursornya seperti yang dinyatakan di dalam akta. Bagi tujuan implementasi Konvensyen ini, Jadual-jadual ini membantu untuk mengenalpasti bahan kimia bagi tujuan verifikasi dan pemeriksaan.
Maklumat Lanjut:
- Jadual 1
- Jadual 2
- Jadual 3
Salah satu obligasi di bawah Konvensyen yang perlu dipenuhi oleh Malaysia adalah menghantar Deklarasi tahunan kepada OPCW. Oleh itu, syarikat yang terlibat di dalam aktiviti yang berkaitan dengan Bahan Kimia Terjadual dan Bahan Kimia Organik Diskrit (BKOD) Tidak Terjadual melebihi kuantiti ambang perlu menghantar deklarasi tahunan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan. Penghantaran deklarasi tahunan adalah wajib di bawah Akta KSK 2005. Oleh itu, kegagalan untuk berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah Akta tersebut.
Aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Bahan Kimia Terjadual yang perlu membuat deklarasi tahunan adalah seperti di bawah:
Aktiviti | Jadual 1 | Jadual 2 | Jadual 3 | BKOD |
Penghasilan | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Proses | ![]() | ![]() | – | – |
Penggunaan | ![]() | ![]() | – | – |
Mendapatkan | ![]() | – | – | – |
Menyimpan | ![]() | – | – | – |
Import/Eksport | ![]() | ![]() | ![]() | – |
Pemindahan (Jualan tempatan) | ![]() | – | – | – |
Mana-mana syarikat yang mengendalikan aktiviti yang perlu membuat deklarasi perlu membuat Deklarasi Tahunan bagi Aktiviti Tahun Sebelumnya dan juga Deklarasi Tahunan bagi Aktiviti yang Dirancang pada Tahun Berikutnya kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.
Mana-mana syarikat yang menghasilkan BKOD dan juga BKOD yang mengandungi unsur Fosforus, Sulfur dan Florin (PSF) juga perlu menghantar Deklarasi Tahunan bagi Aktiviti Tahun Sebelumnya kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, deklarasi tidak perlu dilakukan sekiranya campuran bahan kimia adalah sebanyak 30% atau kurang untuk bahan kimia Jadual 2B dan Jadual 3.
Maklumat lanjut berkenaan deklarasi boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (03 8000 8000).
Semua deklarasi untuk Aktiviti Tahun Sebelumnya adalah tertakluk kepada Pemeriksaan Antarabangsa yang dihantar oleh Urusetia Teknikal OPCW. Selain itu, tempat kerja tersebut juga tertakluk kepada Pemeriksaan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005.
Pengenalan Asbestos
Asbestos merupakan mineral semula jadi yang ditemui di dalam tanah dan batu yang terhasil dari serat yang berbeza-beza saiz dan bentuk, mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap panas dan kebanyakan bahan kimia. Banyak digunakan untuk membuat pelbagai barang industri, sebahagian besar atap, bahan penebat, lantai seramik, produk-produk simen asbestos, produk automobil (klac dan brek kenderaan), tekstil, gasket dan lapisan perlindungan.
Namun begitu asbestos adalah bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penggunaannya telah diharamkan di kebanyakan negara di dunia. Pada tahun 2006, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menyarankan semua negara di dunia mengharamkan asbestos.International Labour Organization (ILO) has urged all countries to ban the use of asbestos.
Jenis-jenis asbestos yang kebanyakan ditemui di Malaysia seperti di bawah:

Sumber: The Mesothelioma Centre, 2014
Kawalan Penggunaan Asbestos di Malaysia Terkini dan Akan Datang
Kawalan penggunaan asbestos di tempat kerja dijalankan secara perundangan dengan penguatkuasaan seperti:
- Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (Peraturan CLASS) dan Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard 2014 mengelaskan asbestos (berdasarkan klasifikasi IARC) sebagai Kategori 1 (dikenali atau dianggap karsinogen kepada manusia)
- Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2000 memerlukan pekerja untuk memantau pendedahan asbestos dan pengawasan perubatan (untuk bahan yang disenaraikan di bawah Jadual 2). TWA (8 jam) untuk asbestos adalah 0.1 f/ml.
- Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Proses Asbestos) 1986 mengawal semua kilang-kilang yang melibatkan proses asbestos digunakan, tetapi tidak terpakai kepada mana-mana pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan. TWA (8 jam) untuk asbestos adalah 0.1 f/ml.
- Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986 meliputi aspek keselamatan pengendalian bangunan dan kerja binaan kejuruteraan. Pengendalian bangunan termasuk pembinaan, pembaikan atau penyelenggaraan, perobohan dan lain-lain
- Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999 melarang penggunaan krosidolit bagi semua tujuan kecuali bagi penyelidikan dan tujuan analisis.
Ini untuk memberi kesedaran dan kefahaman majikan dalam menangani masalah pendedahan pekerja dan pengawalan kepada bahan asbestos.
- Brochure SiRAC Online (Employer Module)
- Brochure SiRAC Online (Assessor Module)
- Isu-isu berkaitan Penulisan Laporan Oleh Juruteknik Higien 1
- Isu-isu berkaitan Penulisan Laporan Oleh Penaksir Kualiti Udara Dalaman
- Specific Guidance Note On Ventilation And Indoor Air Quality (IAQ) During COVID – 19 Pandemic
- Guidance Note on Ventilation and Indoor Air Quality (IAQ) During Pandemic COVID-19
- Permohonan Penyingkiran Asbestos
- Brosur Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan Secara Generik
- Apa itu SiRAC
- Bagaimana Menjalankan SiRAC
- eBuletin Bahagian Pengurusan Kimia 2019
- Express Labelling Self-Assessment (ELSA)
- Express SDS Self-Assessment (ESSA)
- Quick Guide To Handle Ammonia Leak
- Risalah Fungsi Bahagian Pengurusan Kimia
- Risalah Peraturan CLASS 2013
- Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard 2014 – Reverse Quick Training Method (RQTM)
- Sistem Pengurusan Maklumat Bahan Kimia (CIMS) – RQTM
- Peraturan CLASS 2013 – Label
- Peraturan CLASS 2013 – Piktogram
- Soalan Lazim CLASS
- Risalah Peraturan USECHH 2000
- Peraturan USECHH 2000 – RQTM
- Penaksiran Risiko Kesihatan Kimia (CHRA) – RQTM
- Risalah Kualiti Udara Dalaman (IAQ)
- Kualiti Udara Dalaman (IAQ) – RQTM
- Risalah Konvensyen Pensenjataan Kimia
- Quick to Chemsafe – Use and Control of Chemicals
- Isu-isu berkaitan Penulisan Laporan Oleh Pengapit CHRA
- Panduan Ringkas Pengendalian Tumpahan Merkuri