MAJLIS SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 3 Mei 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengenang kembali mangsa-mangsa yang terlibat dengan kemalangan dan penyakit pekerjaan serta mempromosikan budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja.
Tema sambutan pada tahun ini ialah “Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja yang Sihat”. Tema ini menyeru kepada pendekatan kolektif, di mana kerajaan, majikan, pekerja dan masyaratkat memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan menyokong kesejahteraan mental.
















