Accessibility Tools

OSH Information Center
Latest Information
Programs & Activities
Quick Search
Social Media
TikTok
🌙 Marhaban Ya Ramadan 1447H | 2026M 🌙
Ramadan mengajar kita erti kesabaran, disiplin dan kawalan diri. Dalam kita menunaikan ibadah puasa, jangan lupa bahawa keselamatan juga satu amanah.
Bekerja dalam keadaan berpuasa memerlukan:
✅ Perancangan kerja yang lebih sistematik.
✅ Rehat yang mencukupi.
✅ Pengambilan sahur dan hidrasi yang baik.
✅ Kepatuhan penuh kepada prosedur keselamatan.
Elakkan keletihan melampau, risiko kemalangan dan kecuaian di tempat kerja.
Ingat, satu kesilapan kecil boleh memberi kesan besar kepada diri, keluarga dan organisasi.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,tetapi juga menahan diri daripada sikap sambil lewa terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Ayuh kita jadikan bulan penuh keberkatan ini sebagai momentum untuk memperkukuh budaya kerja selamat dan sihat 💪🏻.
Kerja Selamat, Pulang Selamat.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
#JKKPxDOSH #MarhabanYaRamadan #RamadhanAlMubarak #MalaysiaMADANI #RoadTo150YrsOSH2026

-[Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina]-
🧧Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya🍊
Semoga Tahun Baharu ini membawa keselamatan, kesihatan, dan kejayaan kepada kita semua. Bersama-sama, kita wujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat , sihat dan harmoni.
Gong Xi Fa Cai!
Sincerely from:
Top Management
dan Warga JKKP/DOSH
#JKKPxDOSH #CNY2026 #MalaysiaMADANI #SayaJanjiSelamatSihat #RoadTo150YrsOSH2026

-[Hebahan Penyertaan]-
Penyertaan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025 (OSH Award) dilanjutkan sehingga 31 March 2026.
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan sukacitanya membuka semula peluang keemasan bagi tahun 2025!
Kami kini mempelawa lebih ramai peserta daripada pelbagai sektor untuk tampil menunjukkan kecemerlangan anda. Sama ada anda sebuah organisasi korporat, IKS, atau individu yang berdedikasi, inilah masanya untuk diiktiraf di peringkat kebangsaan!
Ayuh, jadilah sebahagian daripada komuniti yang mengutamakan keselamatan! Pastikan organisasi atau diri anda tidak ketinggalan untuk merebut anugerah berprestij ini.
Mengapa Anda Perlu Menyertai?
Pengiktirafan Tertinggi: Menghargai organisasi dan individu yang menunjukkan komitmen luar biasa dalam pengurusan KKP.
Budaya Kerja Selamat: Membantu usaha kerajaan dalam menerapkan amalan kerja selamat dan sihat sebagai budaya rakyat Malaysia.
Prestasi Cemerlang: Membuktikan keberkesanan sistem pengurusan keselamatan di tempat kerja anda.
Maklumat Penting Penyertaan:
Cara Memohon: Semua pencalonan mestilah dikemukakan secara dalam talian.
Tarikh Tutup: Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 31 March 2026.
Maklumat Lanjut boleh layari :
https://dosh.gov.my/mnkkp/aktiviti/anugerah-cemerlang-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-kebangsaan-osh-award/
#JKKPxDOSH #NCOSHAward #AKKP #SayaJanjiSelamatSihat #Roadto150yrsOSH2026

-[SESI SERAHAN TUGAS & CLOCK OUT KP JKKP]-
12 Februari 2026 bukan sekadar tarikh dalam kalendar jabatan.
Ia adalah hari penuh makna — hari penyerahan amanah dan hari penghargaan sebuah legasi.
Telah berlangsung Sesi Serahan Tugas dan Sesi “Clock Out” Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam suasana yang sarat dengan rasa hormat, terima kasih dan penghargaan.
Di sebalik setiap dasar yang digerakkan,
di sebalik setiap keputusan yang dibuat,
tersimpan komitmen yang tulus demi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja negara sentiasa menjadi keutamaan.
Clock out hanyalah simbolik pada sistem.
Namun jasa, kepimpinan dan nilai yang ditinggalkan akan terus “clock in” dalam hati seluruh warga JKKP.
Terima kasih atas kepimpinan yang tenang dalam cabaran,
tegas dalam prinsip,
dan sentiasa mendahulukan kepentingan jabatan serta negara.
Legasi ini tidak berakhir di sini —
ia akan terus hidup dalam setiap langkah JKKP menuju kecemerlangan.
Setulus penghargaan dan doa yang terbaik.
#JKKPxDOSH #LegasiKepimpinan #ClockOutKP #TerimaKasihKetuaPengarah #RoadTo150YrsOSH2026

-[Makluman]-
Selamat bersara diucapkan kepada YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia.
Segala sumbangan dan jasa Tuan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amatlah dihargai dan telah meninggalkan impak yang besar terhadap pembangunan serta pemerkasaan KKP di Malaysia.
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan di JKKP.
Seluruh warga JKKP merakamkan ucapan selamat maju jaya serta mendoakan agar Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan berpanjangan.
‘𝑱𝒂𝒔𝒂𝒎𝒖 𝑫𝒊𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈’
#JKKPxDOSH #PersaraanKP #SelamatBersara #JasamuDikenang #RoadTo150YrsOSH2026

-[Selamat Ulang Tahun]-
Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada:
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan,
Menteri Sumber Manusia.
Semoga YB Dato’ Sri sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam menerajui KESUMA.
Ikhlas daripada:
Top Management
dan Warga JKKP
#KESUMA #JKKPxDOSH #SelamatUlangTahun #MalaysiaMADANI #RoadTo150YrsOSH2026

-[Kunjungan Hormat SESIG IEM]-
YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Engineering Special Interest Group (SESIG), The Institution of Engineers Malaysia (IEM) pada 10 Februari 2026 bertempat di Ibu Pejabat JKKP.
Kunjungan hormat ini diadakan sempena sesi temu bual SESIG IEM bersama Tuan Ketua Pengarah bagi penerbitan rencana utama majalah Jurutera, edisi April 2026.
Pihak Jabatan berbesar hati dan berharap kolaborasi sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
#JKKPxDOSH #IEM #KunjunganHormat #RoadTo150YrsOSH2026 #SayaJanjiSelamatSihat

-[SLU REFORMASI PERUNDANGAN KESUMA ZON SABAH & LABUAN]-
KOTA KINABALU, 4 FEBRUARI 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama PERKESO telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Pelan Reformasi Undang-Undang KKP dan Keselamatan Sosial Bersama Industri (Zon Sabah / Labuan) yang berlangsung di Horizon Hotel, Kota Kinabalu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia. Turut hadir memperkukuhkan sesi ini ialah En. Husdin bin Che Amat, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP, barisan Pengarah JKKP Negeri, serta Pengarah-Pengarah Bahagian dari Ibu Pejabat JKKP.
Kehadiran pengurusan tertinggi ini mencerminkan komitmen jitu Jabatan dalam memacu agenda reformasi undang-undang negara. Sesi ini merupakan kesinambungan usaha di bawah Pelan Reformasi Undang-Undang KESUMA bagi memastikan penyelarasan perundangan yang lebih efektif.
Program ini telah dihadiri oleh wakil pelbagai sektor industri di sekitar Sabah dan Labuan yang memberikan input berharga terhadap reformasi undang-undang berkaitan keselamatan, kesihatan pekerjaan, dan keselamatan sosial.
Semoga penganjuran ini memberikan impak positif kepada semua pemegang taruh dalam usaha Jabatan dan KESUMA menambah baik perundangan sedia ada demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan pekerja Malaysia.
#JKKPxDOSH #SesiLibatUrus #SLUReformasiPerundangan #SayaJanjiSelamatSihat #Roadto150yrsOSH2026

YouTube
SIMPOSIUM OSHMP25 : MENYATU STRATEGI, MENJANA IMPAK
Testing Simposium
DOSH_Malaysia_Hasnul's Zoom Meeting
KONVENSYEN SOHELP KEBANGSAAN KE-8 TAHUN 2025

Akar Digital's Zoom Meeting
External Links
CONTACT US
Department of Occupational Safety and Health
Level 5 (Main Counter), Setia Perkasa 4,
Setia Perkasa Complex,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Tel: 03-8886 5342
Fax: 03-8889 2443
Visitor Count
Hari Ini: 5,017
Bulan Ini: 313,355
Jumlah: 55,591,872
Updated Date:
06 / 02 / 2026
Best viewed using Mozilla Firefox and Google Chrome browsers with a screen resolution of 1920 x 1080
Copyright Reserved 2025 © Department of Occupational Safety and Health.
likes
30
Comments:
0
Shares:
5