Alat Kebolehcapaian

Utama » Info Korporat » Profil JKKP

Profil JKKP

Tentang JKKP

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan bagi semua tempat kerja di seluruh Malaysia termasuk dalam perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun, kecuali bagi pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) iaitu:

1. Pengambilan kerja domestik berhubung dengan seseorang yang mengambil kerja orang lain, atau yang diambil kerja, sebagai pembantu rumah mengikut pengertian Akta Kerja 1955 [Akta 265];

2. Angkatan tentera; dan

3. Pekerjaan atas kapal yang ditadbir oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No 70 Tahun 1952], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah) [Ord. No. 11 Tahun 1960] atau Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak) [Ord. No. 2 Tahun 1960].

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

Visi dan Misi

VISI

“Menjadi Peneraju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”

MISI

“Memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Terjamin”

Objektif

Nilai Korporat

“Tegas, Adil dan Mesra”

Fungsi

Artikel Berkaitan


Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Tarikh Kemaskini:

28 / 07 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.