Alat Kebolehcapaian

Utama » Info Korporat » Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan JKKP

Kami komited untuk melaksanakan tiga (3) fungsi utama Jabatan iaitu Penyediaan Standard, Penguatkuasaan, Promosi dan Khidmat Nasihat Kepakaran dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dengan adil, tegas dan mesra (3F) melalui janji-janji yang berikut :

No. Piagam Pelanggan Tempoh
1 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan verifikasi rekabentuk loji yang menghendaki perakuan kelayakan bagi setiap permohonan yang lengkap:
i. Dandang stim dalam tempoh 25 hari bekerja 25 hari
ii. Bejana tekanan dalam tempoh 15 hari bekerja 15 hari
2 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan pendaftaran sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari
3 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan kebenaran memasang simpanan pukal dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 10 hari
4 Memproses dan meluluskan permohonan kebenaran memasang dan mengendalikan simpanan pukal dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 10 hari
5 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan kebenaran mengendalikan simpanan pukal dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 10 hari
6 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan kebenaran mengendalikan talian paip dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 7 hari
7 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pendaftaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:-
i. Doktor Kesihatan Pekerjaan
ii. Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ)
iii. Juruteknik Higien I (Pemonitoran Bahan Kimia)
iv. Juruteknik Higien II (Pengujian Sistem Pengalihudaraan Setempat)
v. Penaksir Risiko Bising
14 hari
8 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pendaftaran dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:

  1. Pengapit CHRA
10 hari
9 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pendaftaran dalam tempoh 25 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:

  1. Penguji Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan Ruang Terkurung (ES)
25 hari
10 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan pendaftaran dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:-
i. Doktor Kesihatan Pekerjaan
ii. Pengapit CHRA
iii. Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ)
iv. Juruteknik Higien I (Pemonitoran Bahan Kimia)
v. Juruteknik Higien II (Pengujian Sistem Pengalihudaraan Setempat)
vi. Penaksir Risiko Bising
30 hari
11 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan pendaftaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:

  1. Penguji Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan Ruang Terkurung (ES)
14 hari
12 Memberi maklumbalas kepada setiap aduan pelanggan terhadap jabatan dalam tempoh 2 hari waktu bekerja 2 hari
13 Memberi maklumbalas bagi setiap permohonan memberikan ceramah dan mengadakan pameran berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam tempoh 6 hari bekerja 6 hari
14 Memulakan siasatan kejuruteraan forensik selepas menerima pemberitahuan kemalangan/kejadian dalam tempoh 36 jam 36 jam
15 Memproses lengkap pembayaran bil, invois dan tuntutan perjalanan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima 7 hari

No. Piagam Pelanggan Tempoh
1 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan Kebenaran Memasang (PTI) loji yang menghendaki perakuan kelayakan selepas dokumen lengkap diterima dalam tempoh 15 hari bekerja 15 hari
2 Menjalankan pemeriksaan permulaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan selepas dokumen lengkap diterima dalam tempoh 20 hari bekerja 20 hari
3 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pendaftaran operator dandang stim bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari
4 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan pendaftaran operator dandang stim bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari
5 Menjalankan siasatan :
i. Aduan dalam tempoh 3 hari bekerja 3 hari
ii. Kemalangan maut dalam tempoh 24 jam 24 jam
6 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pendaftaran operator kren bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari
7 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan pendaftaran operator kren bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 20 hari bekerja 20 hari
8 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari
9 Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 86,288
Bulan Ini: 987,225
Jumlah: 44,978,597

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.