Pejabat Penasihat Undang-Undang
Pengenalan
Bahagian Perundangan memainkan peranan penting untuk menasihati Jabatan dalam perkara yang melibatkan isu perundangan dan merangkumi skop kerja yang berikut:
- Memberikan nasihat perundangan berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada Jabatan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis yang berkaitan;
- Menyemak dokumen perjanjian dan memorandum persefahaman yang akan dimeterai oleh Jabatan serta apa-apa instrumen lain yang mengandungi elemen perundangan untuk memastikan semua dokumen teratur dari segi undang-undang;
- Memantau, menguruskan, menyelia, dan menyelaraskan kes pendakwaan seluruh negara yang melibatkan Jabatan;
- Menjalankan litigasi sivil untuk kes saman yang melibatkan Jabatan dan mengeluarkan notis tuntutan ke atas pihak yang bertanggungan atas bayaran pendaftaran tempat kerja atau jentera yang tertunggak;
- Membuat pewartaan bagi pelantikan pegawai Jabatan, Perintah pengecualian, atau apa-apa Perintah atau Peraturan yang dibuat oleh Jabatan;
- Menyemak cadangan pindaan ke atas Akta dan perundangan subsidiari, serta penggubalan undang-undang subsidiari yang baharu, dan
- Bekerjasama dengan Bahagian lain untuk memberikan latihan dan nasihat berkaitan perundangan.
Carta Organisasi Pejabat Penasihat Undang-Undang