Alat Kebolehcapaian

Bahagian Pengurusan Kimia

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Kimia (BPKimia) memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu pengurusan kimia yang semakin meningkat dewasa ini. BPKimia bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengurusan bahan kimia di tempat kerja. Hal ini termasuklah penaksiran risiko kesihatan kimia, penetapan standard pendedahan, pengelasan bahan kimia, komunikasi hazard dan, konvensyen-konvensyen antarabangsa tentang pengurusan, keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan bahan kimia. Hal ini termasuk juga promosi pengurusan bahan kimia kepada agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak industri dan badan-badan yang berkaitan. Perkara ini tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti dalam negara sahaja.
Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar.
Secara keseluruhannya, Bahagian Pengurusan Kimia adalah penting dalam memajukan keselamatan bahan kimia dan pematuhan peraturan di Malaysia, selaras dengan piawaian dan konvensyen global untuk melindungi kesihatan pekerja dan alam sekitar.

  • Bertindak sebagai penyelaras dan pakar rujuk dalam pelaksanaan Assessment of The Health Risks Arising From the Use of Chemicals Hazardous to Health at the Workplace 3rd Edition (CHRA 3rd Edition).
  • Memantau dan meluluskan kaedah alternatif bagi penaksiran risiko bahan kimia terhadap kesihatan (CHRA)
  • Memproses permohonan dan kelulusan penaksiran risiko bahan kimia terhadap kesihatan generik (generic CHRA)
  • Mengurus pembangunan sistem atas talian Simple Risk Assessment and Control for Chemical (SiRAC). 
  • Memproses permohonan pendaftaran baharu (dan pembaharuan) Pengapit (CHRA Assessor), dan pemantauan Pengapit sedia ada.
  • Memproses permohonan pendaftaran baharu (dan pembaharuan) pusat latihan dan pelatih Pengapit (CHRA Assessor), dan pemantauan pusat latihan sedia ada.
  • Menjalankan latihan dalaman pegawai Jabatan untuk penaksiran risiko bahan kimia terhadap kesihatan (CHRA)
  • Mengurus dan menjalankan penaksiran risiko bahan kimia
  • Merancang dan menyelaras penguatkuasaan strategik bagi CLASS Regulation 2013  
  • Memantau terhadap pematuhan industri ke atas CLASS Regulation 2013 
  • Untuk mengemas kini Chemical Inventory yang dihantar oleh pihak industri. 
  • Bertindak sebagai pentadbir sistem bagi Chemical Information Management System (CIMS) dan menguruskan senggaraan sistem.
  • Memproses permohonan pendaftaran pusat pengajar CLASS Regulations dan pelatih, serta memantau pendaftaran sedia ada.
  • Menilai semula pengkelasan bahan kimia berbahaya berdasarkan Industry Code of Practice on Chemicals Classification and Hazard Communication (Amendment) 2019:Part 1
  • Menyelaras penguatkuasaan terhadap USECHH Regulations 2000. 
  • Mengurus dan menjalankan audit Kualiti Udara Dalaman.
  • Memproses permohonan pendaftaran Juruteknik Higien 1 (HT1)/Pengapit Kualiti Udara Dalaman (IAQ), dan pemantauan pendaftaran sedia ada.
  • Memproses permohonan pendaftaran pusat pengajar Juruteknik Higien 1 (HT1)/Pengapit Kualiti Udara Dalaman (IAQ), dan pemantauan pendaftaran sedia ada.
  • Mengurus peralatan teknikal pemonitoran bahan kimia Jabatan. 
  • Menilai dan memproses permohonan pemeriksaan dan pembuangan asbestos.
  • Menjalankan siasatan terhadap aduan berkaitan bahan kimia.
  • Menjalankan penguatkuasaan Chemical Weapon Convention. 
  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan Prior Informed Consent (PIC) di bawah Rotterdam Convention. 
  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan Minamata Convention.
  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan Stockholm Convention.
  • Pusat rujukan bagi pemetaan data bahan kimia dan serahan data daripada Pejabat Negeri.
  • Membantu dalam pengurusan peralatan teknikal khusus yang kompleks – FTIR dan GCMS.
  • Mengurus prosedur dan dokumentasi pegawai yang menyertai program pengurusan bahan kimia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Memproses permohonan pendaftaran pusat pengajar SOHELP dan pelatih, dan memantau pendaftaran pusat pengajar sedia ada.

Carta Organisasi Bahagian Pengurusan Kimia

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 24,417
Bulan Ini: 992,885
Jumlah: 37,824,638

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.