Alat Kebolehcapaian

Bahagian Keselamatan Tapak Bina

Pengenalan

BAHAGIAN KESELAMATAN TAPAK BINA DAN SEKSYEN KERJA BINA

Bahagian Keselamatan Tapak Bina (BKTB), JKKP Ibu Pejabat dan Seksyen Kerja Bina (BKTB), JKKP Negeri menguatkuasakan undang-undang keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tapak pembinaan.  Tapak pembinaan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu operasi-operasi bangunan dan kerja-kerja pembinaan kejuruteraan; dan di antara keduanya terdapat kepelbagaian aktiviti dan tempat kerja, serta risiko yang berbeza. 

Pada asasnya, majikan mempunyai tanggungjawab yang besar di sisi undang-undang untuk mengurus risiko keselamatan dan kesihatan projek pembinaan, yang terbit lantaran aktiviti perniagaan mereka.  BKTB dan SKB pula bertanggungjawab untuk menentukan majikan di sesebuah projek pembinaan mengurus, secara berkesan dan berkadaran, keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang lain di tapak pembinaan.  Bagi mencapai maksud ini, dan matlamat utama iaitu mencegah kemalangan di tapak pembinaan, BKTB dan SKB menggunakan pelbagai tindakan perundangan (rujuk Rajah 1), untuk mempengaruhi, menggalakkan dan menasihati majikan dan, jika perlu, mendakwa mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab. 

Tindakan-tindakan perundangan ini telah dijadikan panduan bagi BKTB dan SKB membangunkan Pelan Strategik KKP Industri Pembinaan (PSKKPIP), dengan mengambil kira faktor-faktor kritikal lain seperti saiz dan demografik industri, statistik kemalangan dan risiko.  Sembilan intervensi perundangan dilaksanakan pada masa yang berbeza, mengikut keadaan risiko.  

vm BKTB

Rajah 1. Tindakan-tindakan perundangan

Berdasarkan sembilan intervensi perundangan ini, aktiviti sasaran kerja tahunan (SKT) ditetapkan, dengan memfokuskan kepada prinsip pencegahan, risiko utama dan kumpulan sasaran.  Aktiviti-aktiviti yang ditentukan bagi mencapai SKT akan mempengaruhi dan mencetus perubahan, namun perubahan yang dijangkakan amat bergantung kepada tindakan majikan. Ini kerana, umumnya JKKP dan khususnya BKTB dan SKB, sendirian tidak boleh memastikan keselamatan dan kesihatan, tetapi bergantung kepada reaksi semua majikan di dalam rantaian pembekalan industri pembinaan; dan pemeriksaan tapak pembinaan oleh JKKP sahaja tidak akan mencukupi.  

BKTB dan SKB terus memperbaiki dan mempertingkatkan lagi usaha untuk mempengaruhi dan memangkin perubahan tingkah laku majikan di projek pembinaan.  Impak awal dapat dilihat kepada sikap dan kesedaran yang lebih positif pada perkerja (pengurus projek, pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO), penyelia keselamatan tapak (SSS), operator kren dan pengendali perancah)  yang ditemui semasa aktiviti penguatkuasaan.  Selain itu, lebih ramai majikan yang sedar dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab terhadap KKP.

Tindakan punitif menjadi pemangkin kepada proses perubahan tingkah laku majikan dan pekerja.  Saban tahun, BKTB dan SKB beraspirasi untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan aktiviti penguatkuasaan dan tindakan punitif.  Hasil positif daripada tindakan punitif adalah lebih ramai majikan yang mempraktikkan sistem kerja yang selamat, kerjasama yang akrab di antara majikan dan pekerja dalam memastikan keselamatan tapak pembinaan dan pengurusan bahaya-bahaya utama tapak pembinaan yang lebih berkesan. 

BKTB dan SKB sedang membangunkan instrumen perundangan (peraturan, tata amalan industri dan garis panduan) yang akan mendesak pengurusan KKP di projek pembinaan dipelopori oleh klien dan pereka bentuk semasa fasa pra-pembinaan, sekali gus mengubah fokus tanggungjawab KKP daripada kontraktor semasa fasa pembinaan kepada kerjasama di antara klien, pereka bentuk dan kontraktor semasa fasa pra-pembinaan, pembinaan dan pasca-pembinaan.  Instrumen perundangan ini akan menjadi pemacu utama kepada anjakan perubahan tingkah laku majikan-majikan di projek pembinaan, sekali gus memperbaiki prestasi KKP industri pembinaan.

  1. Menyediakan perkhidmatan pakar/ menjadi pakar rujuk; berkaitan KKP pembinaan kepada
    o pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai JKKP;
    o Jabatan dan agensi kerajaan lain (JPK, JKR, CIDB, PAM, BEM, BQSM, dll);
    o syarikat/ wakil antarabangsa (USDOL, JAICA, dll);
    o pemain industri seperti persatuan profesional (IEM, ACAM,dll), persatuan kontraktor (MBAM, PKMM, dll), clients (Petronas, Sunway, Sime Darby, TNB, dll), persatuan pengamal KKP (MyFOSH, dll); dan
    o Institusi peperiksaan (MQA, dll) dan Institusi pengajian.
  2. Menjalankan kajian ke arah meningkatkan prestasi KKP di industri pembinaan
  3. Menaiktaraf kualiti personel binaan dengan menetapkan standard kualiti bagi
    o Orang Kompeten khususnya Penyelia Perancah dan Pemeriksa Perancah; dan
    o Orang Terlatih khususnya Pemasang Perancah, CDM Professional dan CDM Coordinator.
  4. Menyediakan latihan kepada JKKP Negeri dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
    o Penguatkuasaan Per. CDM dan WAH; dan
    o Penggunaan perancah.
  5. Membuat pemantauan prestasi SHO yang berkhidmat di Industri Pembinaan.
  6. Menggubal/ membangunkan Garis Panduan/ Panduan berkaitan KKP Pembinaan.
  7. Menghasilkan penulisan, perkongsian dan hebahan berkaitan KKP pembinaan.
  8. Memproses dan mendaftar Pusat Pengajar, Tenaga Pengajar dan Penilai bagi kursus Pengendali Perancah.
  9. Memperkasakan kursus kompetensi dengan menetapkan tanda aras tinggi atau yang sesuai seterusnya mengemaskini modul pembelajaran.
  10. Menjadi penyelaras bagi pendaftaran dan pembaharuan OK Perancah.
  1. Menyelaras aktiviti penguatkuasaan SKB di tapak bina dengan
    o menetapkan fokus penguatkuasaan rutin;
    o menetapkan kaedah/ kerangka/ prosedur/ panduan penguatkuasaan; dan
    o merancang dan menganjurkan Operasi Tapak bina;
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai dengan
    o mengadakan mesyuarat dan perbincangan berkala bersama Ketua Seksyen;
    o menganjurkan latihan bersesuaian bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan; dan
    o menyemak, menambahbaik dan menyediakan modul latihan kendalian dron dan vertikaliti OPS.
  3. Menjadi rujukan bagi pengoperasian dron dan vertikaliti OPS dengan
    o sokongan permohonan permit penerbangan (CAAM) dan penggambaran (JUPEM);
    o sokongan perolehan pembaikan dan penyelenggaraan; dan
    o sokongan langganan internet dan live streaming.
  4. Memantau dan mengumpul data-data berkaitan penguatkuasaan tapak bina dari
    o Operasi Tapak Pembinaan;
    o penggunaan dron dan vertikaliti OPS; dan
    o penggunaan kamera badan dan kamera kompak.
  5. Menjalankan analisis dan menyediakan laporan OTP.
  6. Membantu menggubal/ membangunkan Garis Panduan/ Panduan berkaitan KKP Pembinaan.
  7. Memproses dan mendaftar Pusat Pengajar dan Tenaga Pengajar Operator Kren.
  8. Menyemak dan menambahbaik pelaksanaan kursus kompetensi operator kren.
  9. Menjadi penyelaras bagi pendaftaran dan pembaharuan OK Operator Kren.
  1. Mengumpul data/ statistik
    o aktiviti pemeriksaan rutin (DS-01-006)
    o personel tapak bina;
    o penggunaan jentera pembinaan;
    o kecederaan dan maut; dan
    o tindakan punitif.
  2. Menjalankan analisis bagi data dan statistik
  3. Menyelaras, membuat penetapan dan memantau
    o KPI Pengarah BKTB;
    o Sasaran Kerja Tahunan BKTB;
    o Sasaran Kerja Tahunan SKB; dan
  4. Menyediakan laporan
    o Analisis KKP pembinaan
    o Buletin Laporan Tahunan (BLT) bagi BKTB
  5. Mengumpul dan mengemaskini FAQ berkaitan
    o KKP pembinaan (pertanyaan awam)
    o SSS
  6. Menganjurkan persidangan SKB.
  7. Membantu menggubal/ membangunkan Garis Panduan/ Panduan berkaitan KKP Pembinaan.
  8. Memproses dan mendaftar Pusat Pengajar dan Tenaga Pengajar bagi
    o Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS);
    o CDM Profesional; dan
    o CDM Coordinator.
  9. Menyemak dan menambahbaik pelaksanaan kursus kompetensi SSS.
  10. Menjadi penyelaras bagi pendaftaran dan pembaharuan OK SSS.
  11. Membuat siasatan dalaman berhubung salah laku OK SSS.

Carta Organisasi Bahagian Tapak Bina

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 25,029
Bulan Ini: 993,490
Jumlah: 37,825,234

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.