Bahagian Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Sektor Bukan Kilang (SBK)
Pengenalan
Bahagian Industri Kecil Sederhana dan Sektor Bukan Kilang (BIKSSBK) bertanggungjawab sebagai koordinator ibu pejabat bagi menyelaraskan program yang dijalankan oleh dua seksyen di pejabat JKKP Negeri iaitu Seksyen Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Seksyen Penguatkuasaan (SP). Program-program ini termasuk menyelaraskan peruntukan pembangunan bagi RMKe-12 bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan, penetapan kaedah dan sasaran pemeriksaan di tempat kerja, memberi khidmat nasihat kepada pihak berkepentingan dan meningkatkan kompetensi pegawai JKKP Negeri.
Bahagian ini juga turut berkolaborasi dengan pihak berkepentingan dan agensi kerjaan berkaitan seperti agensi perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, persatuan serta NGO dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kolaborasi ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dapat diamalkan di IKS dan juga semua sektor ekonomi yang lain.
Carta Organisasi Bahagian IKS Dan SBK