Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Pengajar Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Pusat Pengajar Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan penjalanan selamat kerja di tempat kerja. Manakala di bawah peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan memiliki apa-apa kelayakkan atau telah menerima apa-apa latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan Warta.

Sehubungan dengan itu, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 telah mula dikuatkuasakan pada 22 Ogos 1997. Peraturan ini adalah bertujuan untuk memastikan majikan daripada kelas atau jenis industri yang dinyatakan di dalam Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997 mengambil kerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan bagi tujuan pengurusan hal-hal berkenaan keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Tugas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan merujuk kepada Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Di bawah Peraturan 4 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan melainkan jika dia telah berdaftar dengan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 138,733
Bulan Ini: 1,106,350
Jumlah: 37,937,368

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.