Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Pengajar Operator Dandang Stim

Pusat Pengajar Operator Dandang Stim

Berdasarkan peruntukan perundangan di Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024, Peraturan 12(2) Seseorang pemunya atau penghuni hendaklah memastikan mana-mana dandang stim dikendalikan dan dijaga oleh orang kompeten yang merupakan operator dandang stim sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Belas.

Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan kepada semua operator dandang stim untuk memohon kompetensi Operator Dandang Stim dari jabatan untuk membolehkan mereka mengendalikan dan menjaga dandang stim yang terdapat di tempat kerja.

Antara syarat yang perlu dipenuhi bagi pendaftaran sebagai Orang Kompeten Operator Dandang Stim ialah hadir dan lulus kursus Operator Dandang Stim di Penyedia Latihan yang diiktiraf Jabatan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh penyedia latihan dapat dikawal, kelulusan akan diberikan kepada penyedia latihan yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 130,596
Bulan Ini: 1,098,272
Jumlah: 37,929,329

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.