Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Penyelia Keselamatan Tapak Bina

“Penyelia Keselamatan Tapak” adalah Orang Kompeten yang dilantik oleh Kontraktor prinsipal kerja pembinaan untuk membantunya dalam mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024.

Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina hendaklah –

A. Warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah menghadiri Kursus Penyelia Keselamatan Tapak di Penyedia Latihan Berdaftar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan Penyelia Keselamatan Tapak yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau

B. Warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri Kursus Penyelia Keselamatan Tapak di Penyedia Latihan Berdaftar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau

C. Warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun (10) pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan telah lulus peperiksaan Penyelia Keselamatan Tapak yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

Untuk makluman, Jabatan telah menetapkan beberapa kelayakan tambahan bagi pendaftaran SSS. Kelayakan pendaftaran tambahan tersebut ialah

D. Warganegara Malaysia yang telah lulus peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) di NIOSH tetapi belum boleh berdaftar sebagai SHO kerana kurang tiga (3) tahun pengalaman, dengan syarat tambahan iaitu –

  • i. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dalam bidang pembinaan; atau
  • ii. menghadiri Bahagian 2 (Perundangan) dan Bahagian 4 (Keselamatan Kerja Pembinaan – Bahaya dan Kawalan) bagi kursus SSS; atau
  • iii. menghadiri kursus penyelia tapak bina (site supervisor) yang dijalankan oleh CIDB.

E. Warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan profesional atau institusi yang diluluskan oleh JKKP, dengan syarat tambahan iaitu –

  • i. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang pembinaan; atau
  • ii. menghadiri Bahagian 2 (Perundangan) dan Bahagian 4 (Keselamatan Kerja Pembinaan – Bahaya dan Kawalan) bagi kursus SSS.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8886 5342

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 7,049
Bulan Ini: 202,060
Jumlah: 55,923,820

Tarikh Kemaskini:

11 / 03 / 2026

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.