Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Pengajar Pengendali Kren

Pusat Pengajar Pengendali Kren

Pada bulan Ogos, 1997 yang lalu, Y.B. Menteri Sumber Manusia mengumumkan bahawa semua operator kren dikehendaki  mendaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebelum dibenarkan mengendalikan kren. Jenis kren yang dimaksudkan adalah kren menara, kren bergerak (beroda) dan kren bergerak (berantai).

Untuk menguatkuasakan arahan ini, Jabatan akan menggunakan peruntukkan 26(1) Peraturan-peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, 1970 untuk mensyaratkan semua kren yang dimaksudkan mempunyai seorang operator yang berkelayakan sebelum ianya boleh beroperasi.

Operator kren dikehendaki mengikuti kursus operator kren di pusat pengajar yang telah diiktiraf oleh Jabatan. Ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kemahiran mereka dan juga bagi membolehkan mereka mempelajari tatacara pengendalian kren yang betul dan selamat. Setiap pusat pengajar yang ingin menganjurkan kursus tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan ini .

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 130,966
Bulan Ini: 1,098,641
Jumlah: 37,929,697

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.