Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » OYK Major Hazard

OYK Major Hazard

Orang Kompeten Major Hazard didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 berdasarkan Peraturan 13.

Tugas Orang Kompeten

Memberi khidmat nasihat kepada pengilang dalam kawalan bahaya besar terutamanya dalam bidang-bidang berikut:

  • Dalam penyediaan laporan bertulis (laporan baru) yang mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 6 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 untuk dihantar kepada Ketua Pengarah. Dalam penyediaan laporan lanjutan bertulis (laporan pengubahsuaian) yang mengambil kira pengubahsuaian kepada aktiviti industri untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
  • Dalam penyediaan laporan lanjutan bertulis (laporan kemaskini) yang mengambil kira terutamanya pengetahuan teknikal baru yang ketara yang memberi kesan kepada butiran dalam laporan yang terdahulu yang berkaitan dengan keselamatan dan pemajuan dalam pengetahuan mengenai penilaian bahaya untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
  • Dalam penyediaan pelan kecemasan tapak yang mencukupi yang memperincikan cara menangani kemalangan besar di tapak untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon pendaftaran kompetensi Orang Kompeten Major Hazard (OKMH):

  • Pemohon hendaklah seorang warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan sah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia;
  • Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setaraf dengannya sama ada dalam bidang Kejuruteraan, Fizik, Kimia atau Biokimia di mana kursus pengajian tersebut perlulah di bawah pengiktirafan kerajaan Malaysia pada tahun pengajian yang tersebut pada sijil pengajian;
  • Pemohon mestilah mempunyai pengalaman praktikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tugas-tugas yang relevan dengan penyediaan Laporan Aktiviti Industri (dokumen baru atau dokumen kemaskini) dan Pelan Kecemasan Tapak (dokumen baru atau dokumen kemaskini);
  • Pemohon mempunyai pengetahuan yang baik dan pengalaman dalam bidang-bidang berikut:
    • Perundangan Malaysia berkaitan Major Hazard terutamanya di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya;
    • Sistem Pengurusan Keselamatan;
    • Pelan Kecemasan Tapak.

Jadual Temuduga Bagi Tahun 2026

Bil.Tarikh
1.28 Januari 2026
2.25 Februari 2026
3.31 Mac 2026
4.28 April 2026
5.21 Mei 2026
6.25 Jun 2026
7.29 Julai 2026
8.26 Ogos 2026
9.29 September 2026
10.29 Oktober 2026
11.25 November 2026
12.29 Disember 2026

Nota panduan Penyediaan dan Pengemaskinian Laporan Aktiviti Industri dibangunkan bagi menyeragamkan format pelaporan Laporan Aktiviti Industri (dokumen baru dan dokumen yang dikemaskini). Dokumen mestilah ditulis mengikut nota panduan seperti di lampiran dan hendaklah  mengemukakan  dokumen seperti  berikut. Jika tidak, dokumen tidak akan disemak.

Lampiran:

Setiap Pelan Kecemasan Tapak sama (bagi dokumen baru dan dokumen kemaskini) mestilah mempunyai setiap elemen di dalam Senarai Semak Pelan Kecemasan, mula berkuatkuasa mulai 9 Mac 2017. Jika tidak, dokumen tidak akan disemak.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8886 5342

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 13,310
Bulan Ini: 228,223
Jumlah: 55,949,973

Tarikh Kemaskini:

11 / 03 / 2026

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.