Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 1 dan 2

Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 1 dan 2

Merujuk kepada Seksyen 29 Akta Kilang dan Jentera 1967, jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yang diperakukan. Dalam seksyen ini, jentera yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang ditafsirkan sebagai jentera di dalam tafsiran am Seksyen 3 Akta Kilang dan Jentera 1967 dan tiap-tiap penghuni hendaklah memastikan bahawa jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang berperakuan. Yang dimaksudkan jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang berperakuan itu adalah seseorang yang memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar atau mempunyai suatu kuasa bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pemeriksa.

Bagi jentera Enjin Pembakaran Dalam (EPD), 2 kompetensi drebar atau orang menjaga yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) iaitu, drebar gred 1 dan drebar gred 2 :

  •  i.  Pendaftaran Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin PEmbakaran Dalam Gred 1
    Mengikut subperaturan 3, Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Orang-Orang Menjaga)(Pindaan) 2014, adalah bagi mana-mana orang yang menjaga sesuatu enjin pembakaran dalam  di dalam mana-mana pepasangan dengan keluaran kadar tertinggi adalah melebihi satu ribu kilowatt dan tidak melebihi lima ribu kilowatt (1000kilowatt > kadar pengeluaran enjin < 5000 kilowatt). 
  • ii. Pendaftaran Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 2 
    Mengikut subperaturan 2, Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Orang-Orang Menjaga)(Pindaan) 2014, adalah bagi mana-mana orang yang menjaga sesuatu enjin pembakaran dalam di dalam mana-mana pepasangan dengan keluaran kadar yang tertinggi adalah lebih daripada lima ratus kilowatt tetapi tidak melebihi daripada satu ribu kilowatt (500kilowatt > kadar pengeluaran enjin < 1000 kilowatt).

Permohonan Gred 1

Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin Pembakaran Dalam  Gred 1

Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > DREBAR ENJIN PEMBAKARAN DALAM > PENDAFTARAN (GRED 1)

Dokumen:

  1. Maklumat Am Pemohon
  2. Maklumat Majikan
  3. Maklumat Kelayakan Akademik
  4. Maklumat Pengalaman Kerja
  5. Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
  6. Dokumen sokongan :
    • Salinan Kad Pengenalan – WAJIB
    • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
    • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
  7. Perakuan Borang 115 (Permohonan Untuk MendapatPerakuan Kebolehan Sebagai Drebar Enjin) dan Hantar untuk permohonan pendaftaran
  8. Pemohon perlu menunggu panggilan temuduga daripada JKKP Negeri bagi Tarikh dan Masa temuduga

Permohonan Gred 2

Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 2

Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > DREBAR ENJIN PEMBAKARAN DALAM > PENDAFTARAN (GRED 2)

Dokumen:

  1. Maklumat Am Pemohon
  2. Maklumat Majikan
  3. Maklumat Kelayakan Akademik
  4. Maklumat Pengalaman Kerja
  5. Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
  6. Dokumen sokongan :
    • Salinan Kad Pengenalan – WAJIB
    • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
    • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
  7. Perakuan Borang 115 (Permohonan Untuk MendapatPerakuan Kebolehan Sebagai Drebar Enjin) dan Hantar untuk permohonan pendaftaran
  8. Pemohon perlu menunggu panggilan temuduga daripada JKKP Negeri bagi Tarikh dan Masa temuduga

Sila berhubung dengan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri berkaitan permohonan. Sila layari laman sesawang www.dosh.gov.my > HUBUNGI KAMI untuk direktori JKKP Negeri.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 130,962
Bulan Ini: 1,098,637
Jumlah: 37,929,693

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.