Seksyen Teknologi Maklumat
Seksyen Teknologi Maklumat memberi perkhidmatan dan sokongan pengkomputeran untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan teknologi selaras dengan keperluan Jabatan. Seksyen ini terbahagi kepada 3 unit iaitu:
A. UNIT OPERASI DAN SENGGARAAN
- Mengurus dan mengawal keseluruhan prasarana infrastruktur ICT, capaian Internet, rangkaian dan keselamatan ICT JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri
- Mengurus dan menyelaras E-mel MyGovUC JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri
- Mengurus dan menyelaras Pusat Data JKKP
- Mengurus dan mengawal perolehan perkakasan ICT JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri
- Urus Setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JKKP.
B. UNIT PEMBANGUNAN APLIKASI
- Merancang, mengurus dan membangunkan sistem aplikasi bagi JKKP sama ada secara dalaman atau sumber luar bagi sistem yang kompleks, besar atau kecil dalam menentukan analisis keperluan pengguna.
- Merancang, mengurus, menyelaras dan membangunkan sebarang bentuk pemrograman, pengujian, latihan dan roll out bagi sistem yang lebih kompleks, besar dan kecil yang dibangunkan secara dalaman atau sumber luar yang diguna pakai oleh JKKP Ibu Pejabat dan JKKP Negeri
- Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan latihan sistem aplikasi (termasuk sistem utama Jabatan MyKKP) kepada pengguna di Ibu Pejabat JKKP dan Negeri
C. UNIT PORTAL DAN PENGURUSAN DATA
- Merancang, mengurus dan membangunkan laman web JKKP samada secara dalaman atau sumber luar melalui analisis keperluan.
- Merancang, mengurus dan menyelaras reka bentuk laman web mengikut hasil analisis keperluan yang dibangunkan secara dalaman atau sumber luar.
- Mengemaskini kandungan laman web mengikut keperluan Jabatan dari masa ke semasa.
- Menjalankan penyelenggaraan sistem pentadbiran laman web seperti Intranet dan direktori.
- Merancang dan mengurus sebarang bentuk persembahan multimedia JKKP Ibu Pejabat dengan mereka bentuk dan membangunkan multimedia yang telah ditentukan secara dalaman atau sumber luar.
- Mengurus dan menyelaras sebuah sistem dikenali Sistem Kawal Urus Dokumen (MySKUD)