Seksyen Peperiksaan, Persijilan Dan Pengiktirafan
A. UNIT PENGIKTIRAFAN
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pengilang, Pembaikan dan Pengubahan Dandang Stim dan Bejana Tekanan.
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pemasang dan Pembuka Lif, Eskalator dan Laluan Gerak.
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pengilang Jentera Mengangkat.
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pemasang dan Pembuka Jentera Mengangkat.
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Yang Berkelayakan (OYB) Lif.
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Yang Berkelayakan (OYB) Jentera Mengangkat.
- Memproses permohonan pendaftaran dan memantau Badan Pemeriksaan Yang Diberi Kuasa.
B. UNIT KAWAL SELIA FYK & OYK
- Menerima dan menyelaras aduan berkaitan salah laku Orang Kompeten.
- Menjalankan siasatan dan prosiding tatatertib terhadap aduan Orang Kompeten.
- Menjalankan tindakan punitif seperti yang diperincikan dalam undang-undang
C. UNIT UNIT PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.
- Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Pusat Pengajar Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Pusat Pengajar Pengendali Kren dan Pusat Pengajar Pengendali Perancah.
- Memproses permohonan pendaftaran baru, pembaharuan dan memantau Program Pendidikan Berterusan CEP.
- Menyedia dan mengemas kini sukatan peperiksaan dan skema penilaian untuk pengiktirafan Orang Kompeten.
- Memproses permohonan untuk menduduki peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.
- Mengendalikan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.
- Memproses keputusan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.
- Menyelaras mesyuarat panel peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.
- Membangunkan modul, silibus dan soalan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.