Seksyen Pentadbiran Dan Kewangan
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran dan Kewangan untuk mencapai objektif bagi meningkatkan kecemerlangan Jabatan. Seksyen ini terbahagi kepada 4 unit iaitu:
A. UNIT PENTADBIRAN 1
- Menguruskan bekalan pejabat, aset dan stor, ruang pejabat dan pengurusan surat/dokumen.
- Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti) peringkat Jabatan.
- Menguruskan tempahan makan minum dan laporan kehadiran bertugas (eMasa).
B. UNIT PENTADBIRAN 2
- Menguruskan hal ehwal pentadbiran am, pengurusan telefon, kenderaan, kawalan keselamatan, penyelenggaraan, pengurusan fail serta dokumen terperingkat dan kebersihan bangunan.
- Urus setia Mesyuarat Bersama Jabatan dan Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan peringkat Jabatan.
- Menguruskan pengurusan kaunter dan khidmat pelanggan Jabatan.
C. UNIT KEWANGAN - Membantu melaksanakan pengurusan kewangan melibatkan:
- Proses belanjawan bagi Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan Jabatan agar urusan berkaitan dilaksanakan selaras dengan arahan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa serta diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
- proses perolehan bagi Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan Jabatan agar urusan berkaitan dilaksanakan selaras dengan arahan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa serta diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan urusan perakaunan seperti pembayaran bil, pengurusan kutipan hasil, pembayaran tuntutan perjalanan, pembayaran gaji dan waran udara.
- Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Jabatan.
D. PERPUSTAKAAN - Menguruskan proses perolehan, langganan, pemprosesan, pengkatalogan, penjilidan, pemuliharaan dan pelupusan bahan bacaan perpustakaan.
- Menjalankan kerja-kerja mengindeks artikel terbitan bersiri terpilih yang dilanggan.
- Mengurus keceriaan perpustakaan.