Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan pengurusan sumber manusia serta pembangunan kompetensi pegawai Jabatan untuk mencapai objektif bagi meningkatkan kecemerlangan Jabatan. Seksyen ini terbahagi kepada 3 unit:
A. UNIT PRESTASI, TATATERTIB DAN HRMIS
- Merancang dan melaksanakan urusan berkaitan pemangkuan, kenaikan pangkat.
- Menguruskan urusan cadangan anugerah pingat dan bintang pegawai di JKKP Malaysia.
- Menguruskan semua urusan tatatertib Jabatan.
- Menguruskan pelaksanaan Sistem HRMIS di Jabatan.
- Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pergerakan Gaji), Urus setia Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Urus setia Perisytiharan Harta, Urus setia Mesyuarat Lembaga Tatatertib Jabatan, Urus setia Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Jabatan, Urus setia Jawatankuasa Audit Nilai Jabatan.
B. UNIT PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
- Menguruskan hal berkaitan perkhidmatan, elaun dan saraan, persaraan pegawai serta pengemaskinian maklumat Buku Rekod Perkhidmatan.
- Menguruskan rayuan pertukaran dan penempatan Pegawai Teknikal serta Perkhidmatan Gunasama.
- Menyelaras dan mengemaskini laporan, senarai perjawatan keseluruhan Jabatan serta carta organisasi dari masa ke semasa.
- Menjalankan kajian penstrukturan semula organisasi, kajian pengukuhan perjawatan, kajian skim dan naziran perjawatan.
- Urus setia Mesyuarat Rayuan Pertukaran Pegawai Teknikal, Urus setia Mesyuarat Penempatan Pegawai Teknikal dan Urusetia Kajian Pembangunan Organisasi
C. UNIT LATIHAN DAN KOMPETENSI
- Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program latihan untuk mempertingkatkan kecemerlangan ilmu, kemahiran, sikap, nilai dan amalan positif di kalangan pegawai dan anggota jabatan di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pembangunan insan seterusnya menjamin proses pembelajaran berterusan demi kemajuan kerjaya pegawai dan anggota jabatan.
- Bertanggungjawab terhadap perancangan penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan kursus dan latihan dalam dan luar negeri bagi pegawai dan kakitangan Jabatan.
- Menguruskan permohonan pegawai untuk sambung belajar (sepenuh masa, separuh masa)
- Menguruskan permohonan pegawai sebagai Panel Penasihat Industri lantikan daripada IPTA/ IPTS
- Menguruskan permohonan Latihan Industri daripada pelajar IPTA/ IPTS
- Urus setia Mesyuarat Lembaga Penganugerahan Sijil Kompetensi (COC),