Seksyen Pengiktirafan
- Mendaftar dan memperbaharui sijil kompetensi Doktor Kesihatan Pekerjaan bawah Seksyen 31C dan Seksyen 31E Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
- Memantau aktiviti Kesihatan Pekerjaan yang dijalankan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan, terutamanya Program Pengawasan Perubatan, pengujian audiometrik dan pelaporan penyakit pekerjaan.
Menjalankan siasatan tempat kerja berhubung pelaksanaan Program Pengawasan Perubatan, termasuk pematuhan Perlindungan Pemindahan Perubatan (MRP) serta pematuhan kepada aspek kesihatan pekerjaan yang lain.
- Merancang dan mengadakan seminar, kursus atau dialog bagi menggalakkan kesedaran kesihatan pekerjaan.
Memberikan khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi luar, pengamal kesihatan, pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan orang ramai berkaitan isu kesihatan pekerjaan.