Seksyen Pembangunan
UNIT SEMAKAN DAN GUBALAN
- Menggubal dan menyedia draf Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah BARU termasuk menjalankan kerja-kerja mengumpul maklumat keperluan (hasil kajian), menyedia dan menyemak draf bagi tujuan penggubalan.
- Menyemak dan meminda Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah SEDIA ADA. Semakan termasuk dari segi kelemahan, kesesuaian keadaan semasa dan pembaikan yang boleh dibuat bagi memantapkan lagi Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah tersebut.
- Menganggotai Pasukan Semakan bagi tujuan menyemak draf Akta/Peraturan/Perintah/Tata Amalan Industri/Garis Panduan, membaca pruf dan menyemak/membuat terjemahan ke atas draf.
- Koordinasi bagi menyelaras dan menyelenggara TC/WG yang ditubuhkan untuk pembangunan Malaysia Standard/Garis panduan/Kod Amalan oleh agensi luar (JSM, SIRIM, MITI, MOFA, KDN, MBAM, NIOSH, NRE, KKM, MQA,AADK-KKM, SPAN, CIDB, KPDNKK, Petronas, JPK dan lain-lain).
- Menyelaras ulasan cadangan draf Malaysian Standard/ Garis panduan berkaitan KKP.
- Focal point bagi pengurusan dan penyelarasan maklumat dari “WTO TBT Enquiry Point (Malaysia)” – JSM, MITI.
- Menyemak atau melakukan kajian terhadap piawaian lain bagi tujuan proses penandaarasan sebelum penetapan dasar atau polisi jabatan dilakukan.
- Menjadi urus setia bagi Mesyuarat Semakan Dasar Jabatan.