Seksyen Cimah
- Menjalankan pengelasan dan verifikasi aktiviti industri terhadap bahan berbahaya yang mungkin menyumbang kepada kemalangan bahaya besar;
- Menyemak dan menilai Laporan Aktiviti Industri, Laporan Kecemasan Tapak, Maklumat Kepada Umum dan Dokumen Operasi Selamat berdasarkan peraturan CIMAH;
- Merancang dan menjalankan audit, pemeriksaan serta menganalisa pencapaian pematuhan di tempat pepasangan bahaya besar;
- Koordinasi ERP bersama dengan agensi luar seperti PBT / komuniti;
- Mewujudkan standard dan piawaian pelan kecemasan tapak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan kemalangan bahaya besar;
- Persediaan, pengurangan, pemulihan
- Koliberasi diantara agensi dibawah MKN (MKN 20)
- Memberi fokus terhadap pencegahan kemalangan bahaya besar berdasarkan Risiko Topografi;
- Membangunkan kaedah dan pengurusan kemalangan bahaya besar yang bersesuaian bagi Negara (Industrial Impact);
- Membantu industri melaksanakan amalan terbaik industri tempatan dan antarabangsa dalam pengurusan bencana industri bahaya besar; dan
- Mengawal, mentadbir dan menyelia sistem pengiktirafan dan pentauliahan penyedia perkhidmatan Tenaga Pengajar dan Pusat Pengajar.
- Menjalankan penilaian/audit ke atas ‘ageing plant’ ke atas loji berusia melebihi 20 tahun bagi memastikan integriti dan jentera baik untuk beroperasi.