Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Pengajar Jurutera Stim

Pusat Pengajar Jurutera Stim

Berdasarkan peruntukan perundangan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024, Peraturan 12(1) Seseorang pemunya atau penghuni hendaklah memastikan mana-mana dandang stim berada di bawah kawalan orang kompeten yang merupakan jurutera dandang stim sama ada yang diambil kerja atau bertindak sebagai jurutera dandang pelawat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Belas.

Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan kepada semua jurutera dandang stim untuk memohon kompetensi Jurutera Dandang Stim dari jabatan untuk membolehkan dandang stim yang terdapat di tempat kerja berada di bawah kawalan mereka.Antara syarat yang perlu dipenuhi bagi pendaftaran sebagai Orang Kompeten Jurutera Dandang Stim ialah hadir dan lulus kursus Jurutera Dandang Stim di Penyedia Latihan yang diiktiraf Jabatan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh penyedia latihan dapat dikawal, kelulusan akan diberikan kepada penyedia latihan yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 79,948
Bulan Ini: 2,719,590
Jumlah: 42,409,687

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.