Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSH Week)
Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah satu acara tahunan yang disambut setiap tahun pada minggu kedua bulan Julai. Sambutan ini dijalankan susulan daripada kelulusan dan arahan Kabinet pada 24 Mei 2006. Bagi tujuan menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan, pihak Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) telah bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) bagi menjalankan pelbagai aktiviti / program yang sesuai untuk pengisian majlis sambutan tersebut. Penganjuran Majlis Pelancaran ini merupakan satu usaha berterusan yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
TAHUN | TEMA | TEMPAT | TARIKH |
2016 | SoHELP – Memperkasa Higien Industri” | Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah | 9 Ogos 2016 |
2015 | Join in building a culture of prevention on OSH | Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor | 4 Ogos 2015 |
2013 | KKP Pemangkin Transformasi Negara | Kuching Waterfront, Sarawak | 7 Julai 2013 |
2012 | Pekerja dan Majikan Berinovatif Penggerak Transformasi KKP | Pusat Maritim Putrajaya | 9 Julai 2012 |
2011 | Pekerja dan Majikan Merealisasikan Transformasi KKP | Dewan Tun Musthapa, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah | 11 Julai 2010 |
2010 | 1 tekad pekerja selamat dan sihat | Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang | 5 Julai 2010 |
2009 | Budaya Kerja Selamat dan Sihat | Institut KWSP, Kajang, Selangor | 6 Julai 2009 |