Latarbelakang
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia ialah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1995 mengikut Seksyen 8 Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
Objektif utama penubuhan MNKKP adalah usaha berterusan kerajaan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja adalah terjamin. Sehubungan itu, MNKKP sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia. Usaha ini adalah berdasarkan pakatan tiga pihak (kerajaan – majikan – pekerja) ke arah membudayakan amalan tersebut.
MNKKP terdiri daripada tidak kurang daripada dua puluh dua dan tidak lebih daripada dua puluh lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Pegawai JKKP akan bertindak sebagai urusetia Majlis.
Ahli-ahli Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun atau untuk tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dan layak untuk dilantik semula untuk maksimum dua penggal.
Ahli-ahli Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun atau untuk tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dan layak untuk dilantik semula untuk maksimum dua penggal.
- (a) Lima (5) orang daripada organisasi yang mewakili majikan;
- (b) Lima (5) orang daripada organisasi yang mewakili pekerja;
- (c) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia;
- (d) Ketua Pengarah JKKP;
- (e) Lima (5) wakil Kerajaan, terdiri daripada—
- (i) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan
- (ii) wakil daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,
- (f) Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara;
- (g) Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial; dan
- (h) Tiga (3) orang atau lebih, di mana sekurang-kurangnya seorang daripadanya adalah seorang wanita, daripada organisasi atau badan profesional aktiviti anggotanya yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Menteri hendaklah melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis daripada kalangan orang yang disebut di atas kecuali orang yang disebut dalam perenggan (d)
Ketua Pengarah JKKP, yang merupakan ahli Majlis hendaklah menjadi Setiausaha kepada Majlis.