Kes Kemalangan Maut
1 hingga 10 daripada 2966
# | Tarikh | Tajuk | Sektor Industri & Negeri | Ringkasan Kes | Fokus Penyiasatan |
---|---|---|---|---|---|
1 | 2013-12-31 | Maut akibat jatuh dari tempat tinggi | Tapak bina – Johor | Mangsa dikatakan telah terjatuh daripada tempat tinggi semasa menjalankan kerja-kerja memasang bumbung bangunan dewan. | Tidak memakai PPE untuk kerja-kerja tempat tinggi Keadaan tempat kerja tidak selamat |
2 | 2013-12-17 | Maut akibat terhimpit kontena | Pelabuhan – Pulau Pinang | Kemalangan melibatkan seorang pekerja warga tempatan yang mati terhimpit diantara kontena semasa mangsa cuba memeriksa "seal number" kontena. | Kegagalan mempraktikkan prosedur kerja selamat |
3 | 2013-12-13 | Maut akibat lemas | Kilang – Pahang | Mangsa telah terjatuh ke dalam kolam takungan ketika mangsa hendak mengambil sampel air untuk ujian makmal. | Tiada prosedur kerja selamat Tiada penyeliaan yang mencukupi memandangkan mangsa baru beberapa hari melakukan kerja mengambil sampel |
4 | 2013-12-12 | Maut dihempap dinding | Tapak bina – Johor | Mangsa pada ketika kejadian sedang melakukan kerja-kerja pembersihan (housekeeping). Secara tiba-tiba dinding batu telah tumbang dan menghempap mangsa. | Kerja-kerja mengikat bata pada dinding tidak dijalankan dengan betul |
5 | 2013-12-05 | Maut tersepit diantara objek | Ladang – Johor | Mangsa ditemui dalam keadaan tersepit antara badan dan kepala lori. Mangsa pada ketika kejadian sedang membaiki kerosakan pada lori. | Tindakan tidak selamat Kenderaan tidak diselenggara secara berjadual |
6 | 2013-12-02 | Maut terkena renjatan elektrik | Tapak bina – Sarawak | Mangsa terkena renjatan elektrik semasa sedang melakukan aktiviti pemasangan ?service line? (rumah ke tiang) | Kegagalan melakukan pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan kawalan risiko ke atas kerja-kerja yang dilakukan. |
7 | 2013-11-23 | Maut akibat dihempap traktor | Ladang – Johor | Mangsa ketika kejadian sedang memandu traktor menuruni selekoh yang tajam dan curam. Mangsa gagal mengawal traktor tersebut menyebabkan traktor terbalik seterusnya menghempap mangsa. | Keadaan jalan yang tidak memuaskan serta tidak menepati spesifikasi jalan pertanian yang ditetapkan |
8 | 2013-11-18 | Maut akibat ditimpa "Aluminium Form Work" | Tapak bina – Kuala Lumpur | Satu aluminium plate seberat 7kg telah menghempap mangsa. Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia. | |
9 | 2013-11-12 | Maut jatuh dari tempat tinggi | Tapak bina – Kuala Lumpur | Mangsa dipercayai telah hilang keseimbangan semasa menaiki pelantar yang masih tergantung di udara. Tiba-tiba berlaku sedikit pergerakan ke atas pelantar dan mengakibatkan mangsa tergelincir dan jatuh ke bawah. | Tiada prosedur kerja selamat |
10 | 2013-11-07 | Maut dihempap cermin | Kedai cermin – Johor | Kemalangan berlaku dimana seorang pekerja maut setelah dihempap 100 keping cermin seberat 2 tan semasa memunggah cermin. | Tiada dinyatakan. |