Alat Kebolehcapaian

JKKP Negeri

  • Menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan dibawahnya.
  • ⁠Menjalankan audit sistem pengurusan KKP.
  • Mengurus, menyelaras hal ehwal aktiviti pengauditan KKP
  • Mengambil tindakan punitif.
  • ⁠Memberi khidmat sokongan teknikal dalam keselamatan dan kesihatan kepada sektor berkenaan.
  • ⁠Menyediakan Laporan Bulanan hasil audit dan keberkesanan kepada KKP untuk dihantar ke Ibu Pejabat.
  • Menjalankan pemeriksaan berkala loji ke atas:
    • Dandang Stim
    • Bejana Tekanan
    • Jentera Mengangkat
    •  Lif, Eskalator dan Laluan Gerak
  • Mengurus dan menyelaras hal ehwal pemeriksaan berkala berkaitan loji di atas.
  • Menjalankan penguatkuasaan/ pemeriksaan ergonomik secara umum dan pemeriksaan spesifik seperti ‘standing at work’, ‘sitting at work’, ‘visual display unit’, ‘manual handling’, ‘control and display’ dan ‘hand tools’.
  • Menjalankan audit mengenai ergonomik ke atas tempat kerja.
  • Menjalankan pemantauan pematuhan dan tindakan susulan.
  • Pengisian dan pengurusan pangkalan data penguatkuasaan / pemeriksaan ergonomik.
  • Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak industri dan pihak awam.
  • Menjalankan penguatkuasaan Peraturan bising (noise).
  • Menjalankan pemeriksaan bahaya fizikal yang lain seperti getaran, pencahayaan, thermal stress, EMF, ioningradiation dan non-ioningradiation.
  • Menjalankan pemonitoran / pengukuran di tempat kerja.
  • Menjalankan penguatkuasaan komponen keselamatan kimia dan biologikal pekerjaan dalam:
    • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994
  • Menjalankan program penilaian risiko biologikal pekerjaan dan program pemonitoran.
  • Membuat kerja pengesanan masalah saikososial pekerjaan.
  • Merancang dan memantau semua program yang dibangunkan dibawah pelan pembangunan RMK12 dan OSHMP25 seperti SOLVE 4 SME yang akan dilaksanakan oleh pejabat negeri.
  • Mengatur strategi membantu IKS mematuhi kehendak perundangan KKP melalui inisiatif baru dan progres perlaksanaan dianalisis setiap tahun dan mencadangkan semak semula setiap 5 tahun
  • Merangka, mengkaji dan menyemak semula perundangan dan polisi jabatan berkaitan KKP untuk digunapakai di sektor IKS.
  • Mengatur strategi baru kawalan hazard yang dikenalpasti daripada aktiviti kerja di IKS.
  • Menjadi pusat maklumat bersepadu kepada Seksyen IKS pejabat negeri dan Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) JKKP.
  • Menerima dan mengumpul maklumat dan laporan bulanan yang dilakukan oleh seksyen IKS pejabat negeri.
  • Menganalisa maklumat perlaksanaan dan keberkesanaan program /aktiviti yang dijalankan oleh pejabat negeri.
  • Memberi khidmat nasihat, teknikal dan kepakaran kepada pejabat negeri, syarikat dan IKS 
  • Mengkoordinasikan program latihan IKS kepada pegawai JKKP khusus yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di sektor berkaitan.
  • Mengkoordinasikan penyeragaman program penguatkuasaan perundangan KKP di sektor IKS oleh Pejabat negeri.
  • Mengeluarkan laporan tahunan khusus untuk IKS kepada Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) JKKP.
  • Memproses permohonan pendaftaran dan pembaharuan bagi penyedia latihan kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator)
  • Menyediakan panduan penguatkuasaan bagi pematuhan perundangan yang berkaitan dengan OSH Coordinator
  • Mendaftar tapak bina.
  • Menjalankan pemeriksaan di tapak bina.
  • Menjalankan audit sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina.
  • Menyemak dan menilai dokumen teknikal tapak bina.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal.
  • Mengambil tindakan punitif.
  • Memantau OYK/OYB tapak bina.

Seksyen Kesihatan Pekerjaan menggalas tugas penguatkuasaan, penggalakan dan perlindungan kesihatan di tempat kerja pada peringkat negeri. Tugas-tugas dan tangunggjawab Seksyen Kesihatan Pekerjaan merangkumi:

  • Menjalankan siasatan tempat kerja berhubung pelaksanaan Program Pengawasan Perubatan, termasuk pematuhan Perlindungan Pemindahan Perubatan (MRP) serta pematuhan kepada aspek kesihatan pekerjaan yang lain.
  • Menjalankan siasatan ke atas kes penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) dan majikan.
  • Menjalankan siasatan terhadap kes aduan berkaitan penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.
  • Membantu pemantauan aktiviti Kesihatan Pekerjaan yang dijalankan oleh OHD, terutamanya Program Pengawasan Perubatan dan pengujian audiometrik.
  • Menyemak data penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang disiasat sebelum dilaporkan kepada ibu pejabat.
  • Membantu proses pendaftaran dan pembaharuan sijil kompetensi Doktor Kesihatan Pekerjaan bawah Seksyen 31C dan Seksyen 31E Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
  • Menggalakkan pelaksanaan Kod Amalan Tentang Pencegahan dan Pengurusan HIV /AIDS di Tempat Kerja, serta Kod Amalan Tentang Pencegahan dan Pembasmian Penyalahgunaan Dadah, Alkohol dan Bahan di Tempat Kerja.
  • Membantu Bahagian menjalankan Program Kesihatan Pekerjaan Asas (BOH), terutamanya di sektor Industri Kecil dan Sederhana.
  • Merancang dan mengadakan seminar, bengkel, dan kursus bagi menggalakkan kesedaran kesihatan pekerjaan pada peringkat negeri.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada agensi luar, pengamal kesihatan, pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan orang ramai pada peringkat negeri berkaitan isu kesihatan pekerjaan.
  • Menjalankan Program Saringan Kesihatan (MyHess) dan menganjurkan Program Pertolongan Cemas di tempat kerja untuk kakitangan pejabat negeri.
  • Melakukan kerja-kerja analisis ke atas data dan maklumat KKP seperti data-data loji, kemalangan dan penyakit pekerjaan.
  • Menyediakan maklumat dan laporan analisis data KKP.
  • Mewujudkan kaedah secara holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan dan lain-lain.
  • Menyalurkan laporan analisis “trend” kemalangan dan penyakit pekerjaan yang kerap berlaku di tempat kerja ke Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKKP.
  • Menghalusi data-data berasas maklumat KKP tempatan yang boleh digunakan untuk membantu menentukan arah tuju dasar jabatan dan dasar KKP negara.
  • Menyediakan maklumat bagi kegunaan untuk penyediaan garis panduan untuk mencegah risiko kemalangan dan penyakit perusahaan di tempat kerja.
  • Menyemak, menilai dan memberi kelulusan permohonan kebenaran memasang loji yang diterima untuk pendaftaran.
  • Menjalankan pemeriksaan permulaan ke atas loji. 
  • Mengeluarkan perakuan kelayakan ke atas loji baru yang telah diperiksa dan didapati memuaskan.
  • Menyemak, menilai permohonan, memberi pengiktirafan ke atas Operator Dandang Stim, Operator Kren dan Pengendali Perancah.
  1. Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan serta kertas siasatan keatas  kes-kes:
    • ⁠Aduan dari orang ramai.
    • Kemalangan hilang upaya kekal yang tidak diniatkan untuk pendakwaan dan untuk tujuan pendakwaan; dan
    • Kemalangan maut dan menyediakan laporan serta kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan.
  2. Menjalankan siasatan ke atas kes-kes perlanggaran undang-undang dan menyediakan laporan serta kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan di Mahkamah.
  3. ⁠Menjalankan siasatan ke atas kes-kes akaun belum terima untuk tujuan tuntutan sivil oleh Penasihat Undang-Undang JKKP.
  4. Mengendali dan menyimpan eksibit dengan cara yang sistematik dan teratur dan menepati kehendak perundangan.
  5. ⁠Menyimpan semua rekod-rekod kes perbicaraan telah selesai.
  6. ⁠Meneliti dan menyemak kertas siasatan bagi memastikan sama ada siasatan telah lengkap atau sebaliknya.
  7. ⁠Membuat persediaan dan kajian yang rapi dan terperinci untuk tujuan pendakwaan di Mahkamah.
  8. Mengendalikan kes pendakwaan sama ada kes pengakuan bersalah atau perbicaraan di Mahkamah Majistret.
  9. Membuat kajian terperinci berhubung dengan kekuatan dan kelemahan kes.
  • ⁠Menguatkuasa Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996.
  • Mewujudkan daftar pepasangan bahaya besar dan bukan bahaya besar.
  • Memastikan pelaksanaan sistem KKP di pepasangan bahaya besar dan bukan bahaya besar.
  • ⁠Memberi khidmat kepakaran teknikal kepada agensi kerajaan dan swasta.
  • ⁠Menguatkuasa Peraturan-peraturan Keselamatan Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985.
  • Mewujudkan daftar sistem talian paip dan sistem simpanan pukal.
  • ⁠Memastikan sistem talian paip dan simpanan pukal dikendali mengikut kehendak kod dan standard.
  • Memastikan keutuhan sistem talian paip dan simpanan pukal melalui pemeriksaan berkala.
  • ⁠Memastikan metodologi Skim Pemeriksaan Khas yang diluluskan digunapakai.
  • Memantau pelaksanaan Skim Pemeriksaan Khas.
  • Mengurus dan menyelaras penerimaan maklumat, poster, buntings, brosur, flyers, garispanduan, CD promosi, bahan-bahan KKP untuk tujuan sebaran kepada kumpulan sasaran dan menyelenggara pusat sumber bagi memastikannya sentiasa ada dan siapsedia.
  • Menyelaras pengumpulan data-data dan maklumat promosi berkaitan KKP serta memastikan penyediaan statistik terkini untuk kegunaan Majlis Negara, pelanggan dalaman dan luaran.
  • Mengambil bahagian dan memberi bantuan penyelerasan dalam aktiviti pelaksanaan promosi KKP daripada Majlis Negara, majikan, pertubuhan bukan kerajaan(NGOs) atau persatuan industri diperingkat negeri.
  • Menghadiri dalam siri lawatan berjadual promosi oleh ahli-ahli Majlis Negara ketempat kerja pada peringkat negeri.
  • Mengadakan dan menjayakan bengkel kesedaran dan promosi keatas segala garispanduan, kod amalan industri atau peraturan baru KKP yang dikuatkuasakan.
  • Menyediakan input anggaran belajawan bagi penyediaan keperluan bahan-bahan promosi dan galakan.
  • Menjadi pusat khidmat pelanggan untuk mendapatkan data dan maklumat KKP.

Memberi khidmat sokongan kepada semua anggota jabatan dalam aspek pengurusan pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan pembangunan modal insan dengan cekap dan berkesan di JKKP Negeri.

  • Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran pejabat JKKP Negeri
  • Menjalankan tanggungjawab berhubung perancangan, pemantauan dan pemprosesan berkaitan dengan hal ehwal kewangan pejabat JKKP Negeri
  • Mengurus urusan kaunseling dan khidmat nasihat kepada pegawai JKKP Negeri
  • Mengurus sewaan dan penyelenggaraan pejabat JKKP Negeri
  • Mengurus dan menyelenggara kenderaan dan peralatan pejabat JKKP Negeri
  • Mengurus sistem fail dan surat menyurat
  • Mengurus pewartaan dan memproses kad kuasa serta kad pengenalan pegawai JKKP Negeri
  • Mengurus verifikasi dan pelupusan asset JKKP Negeri
  • Mengurus dan mengemaskini rekod perkhidmatan pegawai JKKP Negeri
  • Mengurus, menyelenggara dan menyediakan khidmat sokongan terhadap keselamatan dan pengoperasian sistem teknologi maklumat, perkakasan dan rangkaian JKKP Negeri

Carta Organisasi JKKP Negeri

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 17,125
Bulan Ini: 985,666
Jumlah: 37,817,499

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.