Alat Kebolehcapaian

Utama » Info Korporat » Bahagian, JKKP Negeri & Cawangan » Keselamatan Pekerjaan » Bahagian Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Dan Sektor Bukan Kilang (SBK)

Bahagian Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Sektor Bukan Kilang (SBK)

Pengenalan

Bahagian Industri Kecil Sederhana dan Sektor Bukan Kilang (BIKSSBK) bertanggungjawab sebagai koordinator ibu pejabat bagi menyelaraskan program yang dijalankan oleh dua seksyen di pejabat JKKP Negeri iaitu Seksyen Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Seksyen Penguatkuasaan (SP). Program-program ini termasuk menyelaraskan peruntukan pembangunan bagi RMKe-12 bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan, penetapan kaedah dan sasaran pemeriksaan di tempat kerja, memberi khidmat nasihat kepada pihak berkepentingan dan meningkatkan kompetensi pegawai JKKP Negeri.

Bahagian ini juga turut berkolaborasi dengan pihak berkepentingan dan agensi kerjaan berkaitan seperti agensi perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, persatuan serta NGO dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kolaborasi ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dapat diamalkan di IKS dan juga semua sektor ekonomi yang lain.

  • Merancang dan memantau semua program yang dirancang dibawah pelan pembangunan Rancangan Malaysia (RMK) dan Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP) yang dilaksanakan oleh Seksyen Industri Kecil Sederhana (SIKS) & Seksyen Penguatkuasaan (SP) negeri.
  • Menerima dan mengumpul maklumat dan laporan bulanan yang dilakukan oleh SIKS & SP Negeri
  • Menganalisa maklumat perlaksanaan dan keberkesanaan program atau aktiviti yang dijalankan oleh pejabat negeri.
  • Mengkoordinasikan penyeragaman program penguatkuasaan perundangan KKP di IKS dan lain-lain sektor oleh pejabat Negeri
  • Mengeluarkan laporan tahunan khusus berkaitan IKS dan lain-lain sektor untuk dibekalkan kepada Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) JKKP
  • Merancang dan memantau semua program yang dibangunkan dibawah pelan pembangunan RMK12 dan OSHMP25 seperti SOLVE 4 SME yang akan dilaksanakan oleh pejabat negeri.
  • Mengatur strategi membantu IKS mematuhi kehendak perundangan KKP melalui inisiatif baru dan progres perlaksanaan dianalisis setiap tahun dan mencadangkan semak semula setiap 5 tahun
  • Merangka, mengkaji dan menyemak semula perundangan dan polisi jabatan berkaitan KKP untuk digunapakai di sektor IKS.
  • Mengatur strategi baru kawalan hazard yang dikenalpasti daripada aktiviti kerja di IKS.
  • Menjadi pusat maklumat bersepadu kepada Seksyen IKS pejabat negeri dan Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) JKKP.
  • Menerima dan mengumpul maklumat dan laporan bulanan yang dilakukan oleh seksyen IKS pejabat negeri.
  • Menganalisa maklumat perlaksanaan dan keberkesanaan program /aktiviti yang dijalankan oleh pejabat negeri.
  • Memberi khidmat nasihat, teknikal dan kepakaran kepada pejabat negeri, syarikat dan IKS 
  • Mengkoordinasikan program latihan IKS kepada pegawai JKKP khusus yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di sektor berkaitan.
  • Mengkoordinasikan penyeragaman program penguatkuasaan perundangan KKP di sektor IKS oleh Pejabat negeri.
  • Mengeluarkan laporan tahunan khusus untuk IKS kepada Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) JKKP.
  • Memproses permohonan pendaftaran dan pembaharuan bagi penyedia latihan kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator)
  • Menyediakan panduan penguatkuasaan bagi pematuhan perundangan yang berkaitan dengan OSH Coordinator
  • Menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 beserta peraturan dibawahnya ke atas Sektor Bukan Kilang (SBK).
  • Merangka, mengkaji dan menyemak semula perundangan dan polisi Jabatan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) untuk digunapakai di SBK.
  • Merancang dan memantau program audit sistem pengurusan KKP oleh pejabat negeri.
  • Menerima dan mengumpul maklumat dan laporan bulanan yang di lakukan oleh Seksyen Penguatkuasaan pejabat negeri
  • Menjadi pusat maklumat bersepadu kepada Seksyen Penguatkuasaan pejabat negeri.
  • Menganalisa maklumat perlaksanaan dan keberkesanaan program dan aktiviti yang dijalankan oleh pejabat negeri.
  • Memberi khidmat nasihat, teknikal dan kepakaran kepada pejabat negeri dan SBK.
  • Mengkoordinasikan program latihan SBK kepada pegawai JKKP khusus yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di sektor berkaitan.
  • Mengkoordinasikan penyeragaman program penguatkuasaan perundangan KKP di sektor SBK oleh pejabat negeri.
  • Mengeluarkan laporan tahunan khusus untuk SBK untuk dibekalkan kepada Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP) JKKP

Carta Organisasi Bahagian IKS Dan SBK

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 53,104
Bulan Ini: 1,021,328
Jumlah: 37,852,854

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.