Bahagian Pengurusan Kimia
Pengenalan
Bahagian Pengurusan Kimia (BPKimia) memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu pengurusan kimia yang semakin meningkat dewasa ini. BPKimia bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengurusan bahan kimia di tempat kerja. Hal ini termasuklah penaksiran risiko kesihatan kimia, penetapan standard pendedahan, pengelasan bahan kimia, komunikasi hazard dan, konvensyen-konvensyen antarabangsa tentang pengurusan, keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan bahan kimia. Hal ini termasuk juga promosi pengurusan bahan kimia kepada agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak industri dan badan-badan yang berkaitan. Perkara ini tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti dalam negara sahaja.
Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar.
Secara keseluruhannya, Bahagian Pengurusan Kimia adalah penting dalam memajukan keselamatan bahan kimia dan pematuhan peraturan di Malaysia, selaras dengan piawaian dan konvensyen global untuk melindungi kesihatan pekerja dan alam sekitar.
Carta Organisasi Bahagian Pengurusan Kimia