Alat Kebolehcapaian

Bahagian Kesihatan Pekerjaan

Pengenalan

Bahagian Kesihatan Pekerjaan berperanan menguatkuasakan peruntukan perundangan berkaitan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia. Bahagian ini juga memainkan peranan dalam penggalakan kesihatan dan perlindungan kesihatan di setiap tempat kerja.

Selain penguatkuasaan, promosi kesihatan di kalangan majikan dan para pekerja merupakan teras penting bagi menggalakkan amalan kerja yang sihat dan seterusnya menghasilkan tempat kerja yang sihat serta bebas daripada penyakit pekerjaan.

Bahagian ini dianggotai oleh Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat, dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Inspektor Kesihatan). Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) seksyen, iaitu Seksyen Pengiktirafan dan Seksyen Perubatan Pekerjaan.

  • Memantau notifikasi penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan serta membantu penyiasatan kes-kes berkenaan di peringkat negeri.
  • Menganalisis data penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan kepada Jabatan, menyelaras data berkaitan daripada agensi lain yang terlibat, dan seterusnya menyediakan statistik penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan negara.
  • Memberikan input mengenai isu kesihatan pekerjaan kepada agensi kerajaan, jabatan atau kementerian lain.
  • Menggalakkan dan memantau pelaksanaan Kod Amalan Tentang Pencegahan dan Pengurusan HIV /AIDS di Tempat Kerja, serta Kod Amalan Tentang Pencegahan dan Pembasmian Penyalahgunaan Dadah, Alkohol dan Bahan di Tempat Kerja.
  • Merancang dan mengadakan seminar, bengkel, dan kursus bagi menggalakkan kesedaran kesihatan pekerjaan.
  • Menjalankan siasatan penyakit khidmat untuk pampasan ex-gratia kakitangan kerajaan apabila ada permohonan daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Menjalankan Program Kesihatan Pekerjaan Asas (BOH), terutamanya di sektor Industri Kecil dan Sederhana.
  • Menjalankan Program Saringan Kesihatan (MyHess) dan menganjurkan Program Pertolongan Cemas di tempat kerja untuk kakitangan Jabatan
  • Mendaftar dan memperbaharui sijil kompetensi Doktor Kesihatan Pekerjaan bawah Seksyen 31C dan Seksyen 31E Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
  • Memantau aktiviti Kesihatan Pekerjaan yang dijalankan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan, terutamanya Program Pengawasan Perubatan, pengujian audiometrik dan pelaporan penyakit pekerjaan.
  • Menjalankan siasatan tempat kerja berhubung pelaksanaan Program Pengawasan Perubatan, termasuk pematuhan Perlindungan Pemindahan Perubatan (MRP) serta pematuhan kepada aspek kesihatan pekerjaan yang lain.
  • Merancang dan mengadakan seminar, kursus atau dialog bagi menggalakkan kesedaran kesihatan pekerjaan.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi luar, pengamal kesihatan, pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan orang ramai berkaitan isu kesihatan pekerjaan.

Carta Organisasi Bahagian Kesihatan Pekerjaan

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 47,932
Bulan Ini: 1,016,203
Jumlah: 37,847,755

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.