Alat Kebolehcapaian

Bahagian Keselamatan Petroleum

Pengenalan

Bahagian Keselamatan Petroleum menguatkuasakan perundangan berikut: –

  1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan1994
    • PeraturanCIMAH1996
  2. Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan)1984
  3. Perintah Menteri-menteri Persekutuan (No.2)2013[P.U.(A)184]

Fungsi Bahagian Keselamatan Petroleum adalah seperti berikut: –

  1. Memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dilaksanakan dengan baik dan integriti jentera berperakuan kelayakan adalah utuh dan selamat untuk beroperasi;
  2. Melaksanakan audit pematuhan akta akta yang dikuatkuasakan dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan termasuk audit OSR MS ke atas setiap utiliti petroleum di luar pantai;
  3. Menyemak menilai memeriksa dan memantau keselamaan premis penyimpanan dan pengendalian bahan petroleum.;
  4. Menilai Laporan Aktiviti Industri dan Pelan Kecemasan Tapak yang disedia dan dikemukakan oleh pengilang pepasangan bahaya besar kepada Jabatan dalam mematuhi kehendak Peraturan CIMAH;
  5. Menjalankan siasatan dan pendakwaan untuk kes berkaitan keselamatan petroleum dan pepasangan bahaya besar;
  6. Memastikan sistem pengangkutan dan pengendalian bahan petroleum melalui paip darat dan air selamat dan bebas dari bahaya dan gangguan keselamatan;
  7. Membangunkan perundangan seperti garis panduan tatamalan industri dan standard industri berkaitan keselamatan petroleum serta menyemak dan mengkaji perundangan sedia ada; dan
  8. Koordinator Ibu Pejabat (bagi aktiviti Seksyen Risiko Khas) pejabat negeri.
  1. Menjalankan pengelasan dan verifikasi aktiviti industri terhadap bahan berbahaya yang mungkin menyumbang kepada kemalangan bahaya besar;
  2. Menyemak dan menilai Laporan Aktiviti Industri, Laporan Kecemasan Tapak, Maklumat Kepada Umum dan Dokumen Operasi Selamat berdasarkan peraturan CIMAH;
  3. Merancang dan menjalankan audit, pemeriksaan serta menganalisa pencapaian pematuhan di tempat pepasangan bahaya besar;
  4. Koordinasi ERP bersama dengan agensi luar seperti PBT / komuniti;
  5. Mewujudkan standard dan piawaian pelan kecemasan tapak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  6. Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan kemalangan bahaya besar;
    • Persediaan, pengurangan, pemulihan
    • Kalibrasi diantara agensi dibawah MKN (MKN 20)
  7. Memberi fokus terhadap  pencegahan kemalangan bahaya besar berdasarkan Risiko Topografi;
  8. Membangunkan kaedah dan pengurusan kemalangan bahaya besar yang bersesuaian bagi Negara (Industrial Impact);
  9. Membantu industri melaksanakan amalan terbaik industri tempatan dan antarabangsa dalam pengurusan bencana industri bahaya besar; dan
  10. Mengawal, mentadbir dan menyelia sistem pengiktirafan dan pentauliahan penyedia perkhidmatan Tenaga Pengajar dan Pusat Pengajar.
  11. Menjalankan penilaian/audit ke atas ‘ageing plant’ ke atas loji berusia melebihi 20 tahun bagi memastikan integriti dan jentera baik untuk beroperasi.
  1. Memastikan permohonan perlanjutan sijil perakuan kelayakan mengikut peruntukan perundangan dan Pekeliling Ketua Pengarah;
  2. Membuat verifikasi ke lapangan pemohon perlanjutan sijil perakuan kelayakan dan mencadangkan hasil verifikasi kepada Ketua Pengarah;
  3. Memproses permohonan untuk Skim Pemeriksaan Khas mengikut peruntukan Peraturan SSI;
  4. Menilai dan meluluskan methodology yang akan digunapakai oleh organisasi yang memohon untuk mengimplementasi SSI;
  5. Menilai keupayaan organisasi dari segi pengetahuan, pengurusan keselamatan dan kesihatan yang diamalkan sebelum boleh melaksanakan SSI;
  6. Menjalankan pemeriksaan dan audit SSI sebelum memperbaharui sijil perakuan kelayakan mengikut tempoh tertentu; dan
  7. Menjalankan aktiviti berbentuk promosi dan publisiti berkaitan perlaksanaan Peraturan SSI.
  1. Menjalankan siasatan aduan berkaitan petroleum;
  2. Menjalankan siasatan kes kemalangan berkaitan petroleum;
  3. Menyediakan/menyemak kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan;
  4. Mengendalikan kes pendakwaan;
  5. Membangun dan memperkukuhkan pasukan penyiasatan dan pendakwaan;
  6. Menyemak, menilai dan menyelidik kes kemalangan petroleum terdahulu;
  7. Membangunkan dan mempertingkatkan pengetahuan modal insan untuk pegawai;
  8. Menggunakan kaedah dan teknologi terkini dan sedia ada untuk kes pendakwaan; dan
  9. Mengendalikan inkuiri kejadian kemalangan berkaitan petroleum.
  1. Menguatkuasakan Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967;
  2. Melaksana audit Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Sistem Pengurusan Integriti Aset yang digunakan (Offshore Self-Regulation Management System – OSR-MS);
  3. Memastikan struktur, peralatan, kelengkapan dan perkakas yang digunakan, direkabentuk mengikut kod-kod amalan industri yang diiktiraf;
  4. Menjalankan audit pengurusan integriti talian paip petroleum luar pantai;
  5. Menjalankan aktiviti pencegahan, pemonitoran dan pengawalan kesihatan pekerja di pelantar;
  6. Menjalankan siasatan ke atas aduan dan kemalangan;
  7. Menyiasat bagi tujuan pendakwaan ke atas pelanggaran undang-undang;
  8. Membangun dan menyemak semula peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  9. Mewujudkan satu iventori kebangsaan pelantar minyak dan gas serta penggunaan jentera dalam aktiviti luar pantai;
  10. Menganggotai Jawatankuasa berkaitan Zon Ekonomi Ekslusif bersama-sama pihak berwajib yang lain; dan
  11. Menjalankan aktiviti promosi dan publisiti kepada pelanggan dan agensi kerajaan serta swasta.
  • Mengawasi pelaksanaan dan menyelaras tindakan penguatkuasaan akta dan peraturan yang berkaitan;
  • Memberi kelulusan penghantaran petroleum melalui jalan, landasan keretapi, air dan talian paip;
  • Memberi kebenaran kepada kerja-kerja talian paip;
  • Menjalankan pemeriksaan integriti talian paip petroleum di darat;
  • Menjalankan audit terhadap penghantaran petroleum melalui jalan, landasan keretapi, air dan talian paip;
  • Melakukan pemeriksaan petroleum ke atas mana-mana kapal pengangkut petroleum ketika tiba di pelabuhan;
  • Memberi kebenaran untuk ‘loading , unloading & discharging’ petroleum di pelabuhan atau tempat-tempat yang diberi kebenaran oleh Menteri;
  • Memberi kebenaran kepada kapal-kapal mengangkut petroleum memasuki pelabuhan;
  • Melakukan penilaian mengenai isu-isu semasa mengenai pengangkutan petroleum;
  • Menyemak dan menilai laporan intelligent pigging secara berkala; dan
  • Membuat pemeriksaan CP (Cathodic Protection) ke atas utiliti petroleum di darat.
  • Memastikan sistem retikulasi (LPG dan gas asli) adalah selamat untuk dioperasikan;
  • Memastikan sistem simpanan pukal dan talian paip direkabentuk mengikut kod rekabentuk yang diiktiraf oleh Jabatan melalui penilaian yang teliti;
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas sistem simpanan pukal dan talian paip sebelum kebenaran mengendali dikeluarkan; dan
  • Untuk memastikan sesuatu sistem simpanan pukal dan talian paip adalah selamat melalui pemeriksaan berkala.
  1. Memberi khidmat nasihat kepakaran sebagai sokongan proses pengeluaran lesen kebenaran menyimpan petroleum kepada Pihak Berkuasa Tempatan [PBT];
  2. Memberi khidmat nasihat kepakaran sebagai sokongan proses pengeluaran lesen kebenaran mengendali petroleum kepada Pihak Berkuasa Tempatan [PBT];
  3. Penetapan ujian atau kaedah verifikasi terhadap peralatan petroleum;
  4. Pengeluaran sijil ujian atau verifikasi peralatan petroleum;
  5. Membuat rektifikasi terhadap peralatan petroleum yang sediaada;
  6. Melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap peralatan-peralatan petroleum;
  7. Menyemak dan memberi kelulusan terhadap peralatan, gadgets, bahan, logi, kelengkapan, bangunan, struktur dan pemasangan petroleum;
  8. Melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis penstoran / pengendalian petroleum;
  9. Menyemak dan menilai aspek keselamatan rekabentuk premis penyimpanan dan pengendalian petroleum;
  10. Menetapkan dan menguatkuasakan standard pelabelan bekas petroleum;
  11. Menetapkan dan menguatkuasakan keperluan kepada komunikasi hazard;
  12. Menyemak rekabentuk tangki simpanan pukal (atmospheric tank); dan
  13. Menjalankan audit sistem KKP penstoran dan kendalian petroleum mengikut standard antarabangsa.
  1. Menjalankan penyelidikan berdasarkan keselamatan petroleum semasa menyimpan dan mengendali petroleum (Kelengkapan dan Pepasangan);
  2. Membangunkan garis panduan berkaitan Kelengkapan dan Pepasangan petroleum;
  3. Membangunkan standard petroleum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  4. Memberi khimat bimbingan teknikal & profesional kepada industri petroleum dan KPKT;
  5. Membangunkan / menyemak perundangan berkaitan keselamatan petroleum;
  6. Membuat penilaian ke atas penggunaan teknologi baru NDT dan DT;
  7. Mengadakan promosi mengenai keselamatan petroleum;
  8. Membangunkan standard bagi kepenggunaan kelengkapan petroleum dengan selamat;
  9. Membangunkan satu prosedur bagi kelulusan kepada peralatan dan kelengkapan petroleum;
  10. Memproses dan memberi kelulusan kepada kelengkapan dan peralatan petroleum;
  11. Pematuhan terhadap keselamatan oleh Firma Yang Kompetan dalam aktiviti Petroleum melalui proses pendaftaran, pemeriksaan, ujian, audit dan pemantauan.

Carta Organisasi Bahagian Keselamatan Petroleum

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 32,279
Bulan Ini: 1,000,697
Jumlah: 37,832,372

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.