Alat Kebolehcapaian

Bahagian Keselamatan Industri

Pengenalan

Bahagian Keselamatan Industri memainkan peranan penting dalam hal berkaitan loji dengan menyemak, memproses dan meluluskan permohonan verifikasi reka bentuk dan kelulusan pengubahan dandang stim, bejana tekanan tidak berapi, jentera mengangkat, lif, eskalator dan laluan gerak serta mengawal selia perkhidmatan orang kompeten supaya mematuhi kehendak undang-undang melalui perkhidmatan pendaftaran, pemantauan dan pembaharuan pendaftaran. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian dan terdiri daripada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Kelulusan Reka Bentuk dan Seksyen Pengiktirafan, Peperiksaan dan Persijilan.

  • Meneliti, membuat agihan semua permohonan berkaitan verifikasi reka bentuk bejana tekanan tidak berapi, dandang stim, jentera mengangkat, lif, eskalator dan laluan gerak sama ada yang diimport atau buatan tempatan serta permohonan kelulusan pengubahan ke atas loji yang menghendaki perakuan kelayakan.
  • Meneliti, membuat agihan dan menyemak sokongan keluluskan permohonan berkaitan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Jurutera Dandang Stim, Pengiktirafan Pusat Pengajar dan Program Pendidikan Berterusan (CEP).
  • Meneliti, membuat agihan dan meluluskan permohonan dan pendaftaran bagi Orang Kompeten berkenaan loji iaitu Orang Kompeten (Syarikat) dan Orang Kompeten (Individu).
  • Memberi khidmat nasihat teknik serta kepakaran kepada pihak swasta dan awam berhubung dengan Bahagian Keselamatan Industri.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pengilang, Pembaikan dan Pengubahan Dandang Stim dan Bejana Tekanan.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pemasang dan Pembuka Lif, Eskalator dan Laluan Gerak.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pengilang Jentera Mengangkat.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten (Syarikat) Pemasang dan Pembuka Jentera Mengangkat.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Yang Berkelayakan (OYB) Lif.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Yang Berkelayakan (OYB) Jentera Mengangkat.
  • Memproses permohonan pendaftaran dan memantau Badan Pemeriksaan Yang Diberi Kuasa.
  • Menerima dan menyelaras aduan berkaitan salah laku Orang Kompeten. 
  • Menjalankan siasatan dan prosiding tatatertib terhadap aduan Orang Kompeten. 
  • Menjalankan tindakan punitif seperti yang diperincikan dalam undang-undang
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Kompeten seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. 
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Pusat Pengajar Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Pusat Pengajar Pengendali Kren dan Pusat Pengajar Pengendali Perancah.
  • Memproses permohonan pendaftaran baru, pembaharuan dan memantau Program Pendidikan Berterusan CEP.
  • Menyedia dan mengemas kini sukatan peperiksaan dan skema penilaian untuk pengiktirafan Orang Kompeten.
  • Memproses permohonan untuk menduduki peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim. 
  • Mengendalikan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.
  • Memproses keputusan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim. 
  • Menyelaras mesyuarat panel peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.
  • Membangunkan modul, silibus dan soalan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Dandang Stim.
  • Memproses permohonan verifikasi reka bentuk dan kelulusan pengubahan dandang stim mengikut standard yang diiktiraf.
  • Memproses permohonan verifikasi reka bentuk dan kelulusan pengubahan bejana tekanan mengikut standard yang diiktiraf.
  • Memproses permohonan verifikasi reka bentuk dan kelulusan pengubahan lif, eskalator dan laluan gerak mengikut standard yang diiktiraf.
  • Memproses permohonan verifikasi reka bentuk dan kelulusan pengubahan jentera mengangkat kecuali lif, eskalator dan laluan gerak mengikut standard yang diiktiraf.

Carta Organisasi Bahagian Keselamatan Industri

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 48,430
Bulan Ini: 1,016,692
Jumlah: 37,848,249

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.