Seksyen Perubatan Pekerjaan
- Memantau notifikasi penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan serta membantu penyiasatan kes-kes berkenaan di peringkat negeri.
- Menganalisis data penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan kepada Jabatan, menyelaras data berkaitan daripada agensi lain yang terlibat, dan seterusnya menyediakan statistik penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan negara.
- Memberikan input mengenai isu kesihatan pekerjaan kepada agensi kerajaan, jabatan atau kementerian lain.
- Menggalakkan dan memantau pelaksanaan Kod Amalan Tentang Pencegahan dan Pengurusan HIV /AIDS di Tempat Kerja, serta Kod Amalan Tentang Pencegahan dan Pembasmian Penyalahgunaan Dadah, Alkohol dan Bahan di Tempat Kerja.
- Merancang dan mengadakan seminar, bengkel, dan kursus bagi menggalakkan kesedaran kesihatan pekerjaan.
- Menjalankan siasatan penyakit khidmat untuk pampasan ex-gratia kakitangan kerajaan apabila ada permohonan daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia.
- Menjalankan Program Kesihatan Pekerjaan Asas (BOH), terutamanya di sektor Industri Kecil dan Sederhana.
- Menjalankan Program Saringan Kesihatan (MyHess) dan menganjurkan Program Pertolongan Cemas di tempat kerja untuk kakitangan Jabatan