Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Kelengkapan Pelindung Diri (KPD)

Kelengkapan Pelindung Diri (KPD)

Pendahuluan 

Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) merupakan salah satu kehendak dan keperluan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Peraturan-peraturan tersebut dapat dirujuk pada Perundangan KPD.

Peraturan-peraturan tersebut telah menetapkan 7 jenis KPD yang memerlukan kelulusan Ketua Inspektor Kilang dan Jentera dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang merangkumi

  1. pelindung kepala
  2. pelindung kaki
  3. pelindung pendengaran
  4. pelindung mata (bahaya kimia)
  5. tangan (bahaya kimia)
  6. pelindung badan (tali keselamatan, tali hayat dan semua alat untuk pemasangan tali hayat)
  7. pelindung badan (bahaya kimia)
  8. pelindung pernafasan(bahaya kimia)

Keperluan pematuhan ini adalah kepada semua produk KPD yang digunakan di tempat kerja, termasuk produk KPD yang diimport dan buatan tempatan. Untuk mendapatkan kelulusan, semua KPD mesti mempunyai laporan ujian jenis penuh dan lesen pensijilan produk dari Badan Pemeriksa / Persijilan Bebas yang dilantik oleh DOSH iaitu SIRIM Qas International Sdn Bhd.

Cara-Cara Membuat Permohonan
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui

Dokumen yang diperlukan

  1. Surat lantikan sebagai pengedar/pembuat daripada pembuat asal
  2. Laporan pengujian yang telah diperakui oleh Badankuasa Bebas Memeriksa / Menguji yang dilantik JKKP.
  3. Lesen Pensijilan Barangan yang telah diperakui oleh Badankuasa Bebas Memeriksa / Menguji yang dilantik JKKP.

Proses Kelulusan 
Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja

Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan

Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 
Aras 4, Blok D4, Kompleks D, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62530 Putrajaya.
Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 96,255
Bulan Ini: 1,064,173
Jumlah: 37,895,466

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.