Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Reka Bentuk Jentera Mengangkat Selain Lif, Eskalator dan Laluan Gerak

Reka Bentuk Jentera Mengangkat Selain Lif, Eskalator dan Laluan Gerak

Di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024, jentera mengangkat adalah antara loji yang ditetapkan sebagai loji yang menghendaki perakuan kelayakan. Tafsiran jentera mengangkat sebagaimana dinyatakan dalam peraturan ini adalah apa-apa kelengkapan untuk mengangkat, menaikkan, mengangkut atau menurunkan beban. (Nota: mengangkut adalah merujuk kepada laluan gerak). Oleh itu, setiap jentera mengangkat yang menggunakan pacuan kuasa (power driven) seperti elektrik, diesel, pneumatik dan setara dengannya perlu mendapatkan verifikasi reka bentuk dan perakuan kelayakan (certificate of fitness) yang sah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebelum dibina, dipasang atau digunakan.

Peraturan-peraturan ini tidak terpakai bagi jentera mengangkat manual dan jentera mengangkat seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Pengubahan jentera mengangkat melibatkan reka bentuk asal pembuat tetapi tidak termasuk seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 27D (9), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta 514. Hanya jentera mengangkat yang telah mempunyai Perakuan Kelayakan (CF) sahaja dibenarkan untuk pengubahan.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 85,978
Bulan Ini: 1,208,257
Jumlah: 45,197,777

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.