Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Pengajar Jurutera Stim

Pusat Pengajar Jurutera Stim

Berdasarkan peruntukan perundangan di Seksyen 29 Akta Kilang dan Jentera menyatakan Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan bertauliah.  Seksyen 29 (2) pula menyatakan tidak ada seorang pun boleh mengendalikan jentera berperakuan seperti dandang stim tanpa mempunyai kompetensi sebagai jurutera dan drebar.

Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan kepada semua jurutera untuk memohon kompetensi dari Jurutera Stim dari jabatan untuk membolehkan mereka mengendalikan dandang stim yang terdapat di dalam industri.

Bagi memastikan persediaan calon-calon jurutera stim ini untuk bersedia dengan proses penilaian jabatan, calon-calon jurutera stim akan dikehendaki untuk hadir menjalani kursus formal berkenaan dandang stim dan tanggungjawab sebagai jurutera stim terlebih dahulu.

Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh penyedia latihan dapat dikawal, pengiktirafan akan diberikan kepada penyedia latihan yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 84,799
Bulan Ini: 1,052,788
Jumlah: 37,884,140

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.