Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Pengajar Penyelaras KKP

Pusat Pengajar Penyelaras KKP

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja terutamanya di perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak majikan. Ini kerana aktiviti yang dijalankan di tempat kerja boleh mewujudkan risiko berlakunya kejadian berbahaya, kemalangan, kecederaan, dan kematian bukan sahaja kepada pekerja, malahan orang awam yang berada di kawasan tempat kerja tersebut.

Pada tahun 2016, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah membangunkan Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana 2016 – 2020 (IKS 2020). Pelan strategik ini dirangka sehingga tahun 2020 bagi meningkatkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor IKS agar visi untuk menerapkan budaya pencegahan di tempat kerja tercapai.

Salah satu program khusus yang dirancang melalui Strategi 6 IKS 2020 adalah meningkatkan bilangan pengamal KKP. Setiap IKS perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) untuk menguruskan hal-ehwal KKP.Antara tanggungjawab OSH Coordinator ialah membantu majikan untuk melaporkan status KKP kepada JKKP, mentadbir dokumen KKP, mempromosikan budaya KKP dan mengambil tindakan yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kelayakan OSH Coordinator, JKKP telah memutuskan bahawa OSH Coordinator hendaklah seseorang yang telah berjaya menamatkan kursus yang ditetapkan yang dijalankan oleh pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 85,037
Bulan Ini: 1,053,024
Jumlah: 37,884,372

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.