Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pusat Pengajar Peraturan CLASS 2013

Pusat Pengajar Peraturan CLASS 2013

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (Peraturan CLASS) telah diwartakan pada 11 Oktober 2013 dan berkuatkuasa pada 12 Oktober 2013. Peruntukan-peruntukan utama yang terkandung di dalam peraturan ini adalah melibatkan pengelasan, pembungkusan, pelabelan, helaian data keselamatan dan inventori bahan kimia berbahaya.

Peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan CLASS memerlukan latihan yang spesifik termasuk kaedah pengelasan bahan kimia, penentuan piktogram bahaya, pernyataan bahaya, pernyataan berjaga-jaga dan penyediaan helaian data keselamatan. Elemen-elemen ini merupakan perkara-perkara teknikal yang memerlukan latihan spesifik oleh pusat-pusat pengajar yang mempunyai tenaga pengajar yang berpengetahuan tinggi, modul pengajaran yang berkualiti dan selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuatkuasa.

Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh pusat pengajar dapat dikawal, pengiktirafan akan diberikan kepada pusat pengajar yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan.

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 96,570
Bulan Ini: 1,064,490
Jumlah: 37,895,781

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.