Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Pemasang Dandang Stim

Pemasang Dandang Stim

Seksyen 29A, Akta Kilang Dan Jentera 1967 telah menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh membuat, fabrikasi, menguji, memasang, menyelenggara, merombak dan membaikpulih mana-mana jentera yang telah ditetapkan kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.

Akta Kilang dan Jentera 1967 telah menafsirkan jentera adalah termasuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi, pengandung tekanan berapi dan silinder gas.

Manakala Peraturan 5(1), Peraturan-peraturan (Dandang stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi) Kilang dan Jentera 1970 telah menyatakan tidaklah boleh seseorang pun mengilang atau membuat atau menyebabkan pengilangan atau pembuatan sesuatu dandang stim atau pengandung tekanan tak berapi tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.

Berdasarkan kepada kehendak perundangan di atas, setiap syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja membuat, membaikpulih dan memasang pengandung tekanan hendaklah berdaftar dengan Jabatan sebagai firma yang kompeten sebelum menjalankan kerja.

Permohonan pendaftaran dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySKUD. Sila log masuk melalui Single Sign On (SSO) platform dipautan

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 96,566
Bulan Ini: 1,064,486
Jumlah: 37,895,777

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.