Alat Kebolehcapaian

Utama » Semakan » Penaksir Kualiti Udara Dalaman

Penaksir Kualiti Udara Dalaman

“Menjalankan penaksiran kualiti udara dalaman.”

Kelayakan

Pemohon yang ingin berdaftar dengan Ketua Pengarah sebagai orang kompeten yang dipanggil Penaksir Kualiti Udara Dalaman hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Syarat Am:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Tidak pernah didakwa dan didapati bersalah atas kesalahan di bawah Akta 514 atau peraturan-peraturan di bawahnya;
  3. Disahkan sihat oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD); dan
  4. Mengemukakan permohonan pendaftaran dalam tempoh 3 tahun selepas hadir kursus Penaksir dan lulus peperiksaan.

Syarat Khusus:

  • Pilihan 1
    1. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam sains tulen atau sains gunaan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
    2. mempunyai satu (1) tahun pengalaman dalam higien pekerjaan atau keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP); dan
    3. telah menghadiri latihan dan lulus peperiksaan kursus Penaksir Kualiti Udara Dalaman yang dikendalikan oleh Penyedia Latihan Berdaftar; ATAU
  • Pilihan 2
    1. Pengapit CHRA berdaftar di bawah Peraturan USECHH 2000 yang telah menghadiri latihan dan lulus peperiksaan kursus Penaksir Kualiti Udara Dalaman yang dijalankan oleh Penyedia Latihan Berdaftar; ATAU
  • Pilihan 3
    1. Juruteknik Higien 1 di bawah Peraturan USECHH 2000 yang telah menghadiri latihan dan lulus peperiksaan kursus kursus Penaksir Kualiti Udara Dalaman yang dijalankan oleh Penyedia Latihan Berdaftar; ATAU
  • Pilihan 4
    1. Mana-mana orang lain dengan kekompetenan IAQ setara seperti yang diiktiraf oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan Ketua Pengarah.

Permohonan baru dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui

Pautan Luar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aras 5 (Kaunter Utama), Setia Perkasa 4,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8889 2443

BILANGAN PELAWAT

Hari Ini: 85,031
Bulan Ini: 1,053,018
Jumlah: 37,884,363

Tarikh Kemaskini:

10 / 2 / 2025

Paparan Terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1920 x 1080

Hakcipta Terpelihara 2025 © Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.